berita

[VIDEO] Mengantuk Sungguh Naaa Dik, Merah Mata-Mata!

March 9th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Tidak dinafikan murid-murid darjah satu terutamanya, masih ‘baru’ dan kekok dalam membiasakan diri menjejakkan kaki ke sekolah. Banyak ragam yang ditunjukkan, sampai siap lari sekolah lagi, bagaimanapun, ada murid-murid yang begitu teruja setelah sekian lama duduk di rumah belajar secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Artikel Berkaitan: Ibu ‘Pening’, Anak Nak Tukar Nama Sebab Ada Nama Sama Dalam Kelas

Artikel Berkaitan: ‘Adik Pergi Sekolah, Abang Yang Nangis’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Hari Pertama Sekolah Dah Buat Hal, Penat Nak Kejar Kau Dik!

Terbaru, seperti perkongsian seorang guru dikenali sebagai, Ferdy Cikgu Celebrity, di laman Facebook, berkongsi kisah lucu murid tahun satu yang begitu ‘mengantuk’ ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka berlangsung.

‘Mengantuk sungguh na’

Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, memaparkan seorang pelajar perempuan yang begitu ‘mengantuk’ ketika sesi PdP berlangsung. Bahkan, gurunya sempat ‘mengusik’ dan menegur gelagat pelajarnya yang dikenali sebagai Sofea. Jelas guru ini, ini bukan kali pertama pelajarnya menunjukkan gelagat sedemikian rupa.

Mengantuk sungguh dia, hari-hari dia tidur, kat rumah selalu tidur pukul berapa ya? Dekat rumah selalu tidur lewat ya betul ke. Lain kali tidur awal ye, kat sekolah nanti baru cergas Sofea.

Boleh Sofea, takmau ngantuk-ngantuk. Nak sambung tidur ke? Ha tidur-tidur, sambunglah tidur tu. Ha tidur betul yaa, sabar jelah kamu ni ye!

Apa yang lebih melucukan apabila, gurunya sempat menyuruh pelajarnya untuk tidur, namun dia terkejut apabila pelajarnya ini betul-betul tidur. Alahai!

Respon netizen

Sumber: Ferdy Cikgu Celebrity

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×