Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari berkongsi sebuah ucapan khas yang didedikasikan buat suaminya, Tiko Pradipra Aryawardhana sempena perkahwinan mereka yang berlangsung semalam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] BCL Tamatkan Zaman Balu, Sah Jadi Isteri Tiko Aryawardhana
Artikel Berkaitan: Ibu Ashraf Sinclair Restu BCL Nak Nikah
Tiko kembalikan senyuman BCL
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), BCL meluahkan tentang rasa sakit kehilangan cinta hatinya iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia tiga tahun lalu.
Melihat ke belakang, aku merasakannya kembali. Saat aku bertanya, apakah bahagia itu akan ada lagi?
Ya, hari demi hari berlalu. sedikit demi sedikit aku beradaptasi dengan sakit. Menjalani hidup dengan kesedaran kalau sakit ini tidak akan pergi, akan tetap ada di situ dan terus di situ.
Namun, kehadiran Tiko dalam kehidupan penyanyi berusia 40 tahun ini ternyata memberi sinar baharu dan berpeluang mengecapi bahagia sebagai seorang isteri sekali lagi.
Dan pada sebuah waktu hadir seseorang. Lelaki ini juga membawa kesakitnya sendiri. Waktu demi waktu dilalui, sakit mula dibahagi dan aku tak berasa sendiri lagi. Canda tawa kembali hadir, ku mulai merasa yang aku juga layak untuk dicintai dan bahagia.
Dalam masa yang sama, pelantun lagu Cinta Sejati ini menghargai kehadiran Tiko di dalam kehidupannya dan memuji sikap lelaki tersebut yang sudi untuk melayari bahtera rumah tangga bersama-sama.
Rasa sakit akan tetap ada, tetapi lelaki ini mengembalikan senyumanku. Dia membawaku ke suatu tempat tak tak pernah diimpikan. Iaitu tempat yang dipanggil ‘rumah’. Awak adalah teman baik saya, cahaya di dalam gelap, pasangan saya dan cinta saya. Terima kasih kerana membiarkan saya menjadi diri sendiri, terima kasih kerana mencintai diri saya.
Terdahulu, BCL dan Tiko sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup berlatar belakangkan laut Bali yang hanya dihadiri keluarga dan rakan-rakan pasangan tersebut.
Turut kelihatan pada hari bahagia selebriti itu adalah keluarga Allahyaryam Asyraf iaitu ibu bapanya, Aisyah Sinclair, Adam Sinclair dan Yuna.
Sekadar info, arwah Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.
Untuk rekod, BCL dan Ashraf berkahwin pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berumur 13 tahun.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram BCL