Penyanyi dangdut Mas Idayu pernah menjadi sasaran netizen apabila memberi komen ‘pedas’ kepada peserta program Famili Duo, Naim Daniel dan Sissy Iman.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diminta Komen Persembahan AJL, Mas Idayu Kata ‘Mummy Takkan Usik Hasil Kerja Orang Lain’
Artikel Berkaitan: Mas Idayu Puji Vokal Sissy Imann & Naim Daniel, Paling Terbaik Sepanjang Famili Duo – ‘Saya Ikhlas Ini’
Artikel Berkaitan: Ambil Keputusan Enggan Beri Komen, Tiba-Tiba Mas Idayu…
Soalan bodoh
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nabil memberi cadangan kepada penyanyi veteran itu memasuki program nyanyian, Gegar Vaganza musim ke sepuluh. Namun, hal itu tidak mendapat respon yang baik daripada Mas Idayu.
Bagi mummy, itu memang bodoh.
Tambah Mas Idayu atau lebih mesra dengan panggilan Mummy, jika seseorang artis sering kali dipanggil untuk menjadi juri tetap, tidak seharusnya kita menjatuhkan level artis itu.
Katanya, jika pada zaman sekitar 12 tahun lepas, masih sesuai untuk dirinya menyertai program nyanyian seperti mana yang dicadangkan.
@era.je Nah, bukan @azadsyaziraroses je kena sound, @nabilzira pun kena jugak sebab dia ajak Mummy @masidayu1001 join Gegar Vaganza 10. Ni jawapan dari Mummy guys, mummy kata dia dah 30 tahun dalam industri dan konsisten jadi juri untuk show-show besar, takkan dia nak rendahkan martabat diri dia. ? #sharERA #3PAGIERA
Takut ke tu…
Walau bagaimanapun, apabila menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen kurang setuju dengan jawapan yang diberikan Mas Idayu kerana terdapat artis-artis senior yang bertanding dalam program nyanyian.
Sumber: TikTok @era.je