Bekas isteri Datuk ND Lala iaitu Fauziah Sarman baru-baru ini mendedahkan tentang kemelut sebenar yang berlaku di dalam rumah tangganya di sosial media.
Dalam hantaran yang sama, Fauziah turut meluahkan rasa kesal apabila anak lelakinya dituduh mencuri kereta isteri baharu penyanyi veteran itu.
Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Akhirnya ‘Spill The Tea’! Jumpa Baju Penyondol Dalam Bagasi ND Lala, Anak Dituduh Curi Kereta
Artikel Berkaitan: Kehidupan Fauziah Sarman Huru Hara, Nak ‘Let Go’ ND Lala
Pengakuan maaf
Menerusi perkongsian di TikTok, Fauziah memuat naik video yang memaparkan anak lelakinya itu dipaksa untuk membuat permohonan maaf berhubung isu berkenaan.
Inilah penyerahan kereta dan barang-barang serta dokumen bersama di dalamnya.
Dalam pada itu, turut kelihatan kelibat ND Lala yang dilihat sedang merakam pengakuan maaf anaknya.
Sementara itu, wanita berpurdah di dalam video tersebut yang dipercayai Siti Munirah iaitu isteri baharu penyanyi berkenaan kelihatan sedang sibuk memeriksa kereta.
Bagaimanapun, tinjauan OhBulan! mendapati Fauziah tidak menulis sebarang kapsyen pada hantarannya itu.
Gerak-geri ND Lala dipersoal
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan sikap dan gerak-geri penyanyi berusia 62 tahun itu yang didakwa kelihatan berbeza. Dia juga dikecam kerana tergamak berbuat demikian terhadap anak kandungnya sendiri.
Dalam masa yang sama, pengikut Fauziah turut mendoakan kesejahteraan dengan menasihatinya agar menerima segala ujian dengan reda.
Terdahulu, Fauziah menerusi hantaran di Instagram mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala.
Menerusi perkongsian tersebut, Fauziah memberitahu, lafaz cerai dilakukan suaminya pada 2 Ogos lalu di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenainya menerusi aplikasi WhatsApp, pada 8 Ogos lalu.
@mamazie68 No Caption ?
Sumber: TikTok