Pengumuman tentang pernikahan kedua personaliti media sosial, Alif Teega yang dikongsikan sejak semalam telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
Artikel Berkaitan: Isteri Hamil 5 Bulan, Alif Teega Mengaku Dah Berkahwin Dua – ‘Aisyah Adalah Wanita Pilihan Allah’
Artikel Berkaitan: Adik Aisyah ‘Spill The Tea’ Nama Penyondol, Dakwa Alif Teega Dah Ada ‘Affair’ Sejak Setahun – ‘Kawal La Nafsu Kau’
Anniversary ke-6
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik sebelum pengumuman tersebut, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani mengucapkan terima kasih terhadap Aisyah dan menzahirkan rasa syukur sepanjang menjadi suami kepada wanita itu.
Selamat ulangtahun pernikahan yang ke 6 buat isteriku Aisyah Hijanah (25/11/2017).
Terima kasih atas segala kesabaran pengorbanan menjalani hidup sebagai bidadari hatiku. meredhai segala ketentuan dan ketetapan dari Ilahi. Susah dan senang bersama hingga saat ini. Jaga dan pelihara keluargaku, Khadeejah dan Hassan sebaiknya. Tiada apa yang dapat aku balas melainkan Tuhan ganjarkan syurga firdaus buatmu, asbab keredhaan dan bersyukurnya menjadi suamimu. Bahagia.
Pempengaruh itu juga memuji sikap isteri pertamanya yang disifatkan sebagai wanita yang hebat kerana kesetiaannya walau banyak kekhilafan yang dilakukan.
Sepanjang 6 tahun ini, begitu banyak dosa dan kesilapanku. Tapi Aisyah masih disini, sabar redha dan serah semuanya pada Allah. Memaafkan dan bertahan atas apa sahaja takdir yang hadir. Apa yang Aisyah buat memerlukan iman dan taqwa. Subhanallah hebat!
Demi Allah, aku mencintaimu hingga syurga.
Kecaman netizen
Bagaimanapun, Alif dihujani dengan kecaman di ruangan komen hantaran tersebut yang rata-ratanya meluahkan rasa kecewa kerana dia sanggup bernikah dengan wanita lain semasa Aisyah sedang hamil.
Dalam pada itu, warganet juga sempat menyindir tindakan Alif yang mendirikan rumah tangga dengan isteri kedua pada bulan yang sama dia mengahwini isteri pertama.
Sementara itu, warganet turut menyatakan bahawa mereka mahu memboikot pembelian buku penulisan Alif.
Terdahulu, Alif dan Aisyah memaklumkan tentang pernikahan kedua tersebut bertujuan untuk menghentikan semua spekulasi dan fitnah terhadap diri mereka dan keluarga.
@alifteega Selamat ulangtahun pernikahan yang ke 6 buat isteriku Aisyah Hijanah (25/11/2017) Terima kasih atas segala kesabaran pengorbanan menjalani hidup sebagai bidadari hatiku. meredhai segala ketentuan dan ketetapan dari Ilahi. Susah dan senang bersama hingga saat ini. Jaga dan pelihara keluargaku, Khadeejah dan hassan sebaiknya. Tiada apa yang dapat aku balas melainkan Tuhan ganjarkan syurga firdaus buatmu, asbab keredhaan dan bersyukurnya menjadi suamimu. Bahagia. Sepanjang 6 tahun ini, begitu banyak dosa dan kesilapanku. Tapi aisyah masih disini, sabar redha dan serah semuanya pada Allah. Memaafkan dan bertahan atas apa sahaja takdir yang hadir. Apa yang Aisyah buat memerlukan iman dan taqwa. Subhanallah hebat! Demi Allah, aku mencintaimu hingga syurga ?? @aisyahhijanah
? Forever and Ever and Always (The Softer Version) – Ryan Mack
Sumber: TikTok Alif Teega