Usahawan Watie Hanifiah akui tidak tersinggung atau terasa hati apabila suaminya yang juga pelawak dan peyampai radio, Shuib masih merindui Allahyarham penyanyi Siti Sarah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dulu Dikecam, Sekarang Disayangi! Watie Hanifiah Bersyukur Netizen Mula Positif
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Kongsi Doa Soal Jodoh, Tak Sangka Shuib Tepati Kriteria Suami Idaman
Artikel Berkaitan: Shuib ‘Bedal’ Licin Mi Segera Watie Masak, Netizen Puji Nampak Sedap – ‘Share Resepi Please’
‘Tak tersinggung’
Ketika ditemui OhBulan!, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah berkata tiada sebab untuknya berasa cemburu dengan orang yang telah tiada.
Malah, menurut Watie dia akan memberi sokongan dalam apa jua keadaan yang membuatkan Shuib berasa bahagia.
Sejujurnya tiada apa-apa perasaan tersinggung ataupun terasa hati. Macam sekarang pun keluarga Shuib berjumpa dengan adik Miza yang wajahnya mirip dengan arwah.
Kadang-kadang saya tertanya juga, kenapa tak rasa apa-apa. Pada saya apa yang menggembirakan hati Shuib dan dapat mengubati hatinya, saya sentiasa sokong jika itu yang terbaik.
Pada saya, untuk apa berasa cemburu dengan orang yang telah tiada. Adanya saya ketika ini kerana kisah yang lalu, seandainya arwah masih ada, tempat saya bukan di sini (menjadi isteri Shuib). Tidak akan ada pertemuan saya dengan Shuib.
Watie berkata demikian ketika ditemui pada acara Zumba With Fasha Sandha anjuran produk kecantikan jenama Berryfull yang diadakan di Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Melanjutkan bicara, Watie berkata dia bersyukur apabila tidak berasa sedih ataupun cemburu dengan keadaan tersebut.
Saya menerima segala ketentuan Allah dengan hati yang terbuka.
Adakalanya, berasa syukur apabila Allah tidak meletakkan rasa sedih atau cemburu, kalau ada rasa itu mungkin akan jadi satu beban atau berat untuk saya. Yang akan pikul rasa sedih itu nanti adalah saya.
Bersyukur sangat Allah tidak meletakkan rasa yang tidak bagus itu.
Untuk rekod, Watie dan Shuib disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 23 Jun lalu di Putra Glass House, Putra Heights.
Sekadar info, Shuib pernah berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.