Foto: Tangkap layar video
Ingatkan darah rupanya inai! Seorang ibu menarik nafas panjang apabila anaknya dilihat berlumuran dengan cecair berwarna merah seakan-akan darah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Menangis Tak Nak Main Telefon Lagi Lepas Tengok Mata Lebam
Artikel Berkaitan: Jari Kanak-Kanak Terputus, ‘Tersangkut’ Di Pintu Besi Masa Main Panjat-Panjat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bagi Alasan ‘Terpaksa’ Keluar Sebab Nak Ambil Kucing, Ibu Geli Hati Tengok Gelagat Anak
Terkejut umi tengok
Foto: Tangkap layar video
Seperti perkongsian seorang ibu dikenali sebagai Siti Norehan di laman TikTok, menceritakan detik-detik cemas apabila melihat wajah anaknya yang berlumuran dengan pewarna inai. Menerusi video pendek tersebut, kanak-kanak ini hanya mendiamkan diri dan sama sekali tidak menangis.
Jelas wanita ini, dia pada mulanya turut terkejut melihat keadaan anaknya ketika itu dan anaknya dikatakan bermain dengan pewarna inai celup milik kakaknya. Apa yang lebih memeningkan, apabila warna tersebut sama sekali tidak tertanggal walaupun sudah dimandikan. Aduh!
Terkejut beruk umi hang tengok mai laguni. Main inai celup kakak dia lepas mandi pun tak hilang ni nak oi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan telatah kanak-kanak ini dan sempat membuat jenaka.
Video penuh:
@sitinorehan92Terkejut beruk umi hang tgk mai laguni?main inai celup kakak dia..lepas mandi pn x hilang ni nak oii??????? Oh No Oh No Oh No No No – Dubskie
Bila boleh keluar tu?
Sumber: Siti Norehan