Penyanyi Noh Salleh telah melancarkan single terbarunya berjudul Rahsia Tuhan baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Keluar Dating, Yang Jaga Bibik’ – Noh Salleh Dakwa Mizz Nina Punca Trauma, Sanggup Mati Nak Lindung Musa
Artikel Berkaitan: Noh Salleh Dedah Nama Sebenar Anak Angkat – ‘Musa Mohammad Noh Bin Abdullah’
Lagu khas untuk anak?
View this post on Instagram
Menerusi tinjauan OhBulan!, di Instagram, Noh atau nama lengkapnya Muhammad Noh Salleh dilihat memuat naik video-video promosi lagu tersebut sejak akhir bulan Ogos.
Lagu tersebut juga dipercayai menjadi runut bunyi bagi sebuah filem bertajuk Babah yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Dalam pada itu, video muzik lagu berkenaan telah dimuat naik di platform YouTube dan turut mendapat perhatian warganet.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak dan tersentuh melihat jalan cerita video muzik serta lagu tersebut yang berkisarkan tentang perhubungan bapa bersama anaknya.
Selain itu, warganet juga memahami perasaan Noh dan mendakwa lagu itu seolah-olah seperti luahan rasa rindu terhadap anaknya Musa.
Rindu seorang bapa kepada anak, percayalah.
Tengok video muzik ni teringat dekat Musa, mungkin lagu ini luahan rindu untuk anak dia.
Noh keluarkan lagu ini untuk meluah perasaan yang terpendam dalam diri setiap orang yang bergelar ayah.
Sepertinya saya faham lagu ini tentang apa. Rindu yang tak sampai.
Lagu dedikasi untuk Musa, aku faham Noh apa yang kau nak sampaikan. Rindu dendam itu amat perit.
Imbas kembali, berlaku pergelutan antara Noh dan bekas isterinya yang juga seorang aktivis kemanusiaan Mizz Nina, berikutan Noh didakwa membawa keluar Musa tanpa sebarang kebenaran dan pengetahuannya.
Menurut Nina, kejadian itu berlaku pada 19 Disember 2022 sewaktu dirinya dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Nina ke luar negara atas urusan kerja.
Walau bagaimanapun, Noh menafikan dakwaan yang mengatakan adanya unsur penculikan. Malah, Noh mendakwa sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.
Pelantun lagu Pagi Yang Gelap itu kemudian tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dituntut oleh ibu kandung kepada anak angkatnya, Musa, yang hanya mahu dikenali sebagai Athira.
Sumber: IG Noh Salleh, YouTube Noh Salleh