Di Instagram Story, pelakon Nabila Huda sempat berkongsi beberapa rakaman video sekitar majlis akad nikah penyanyi, Noh Salleh, semalam.
Artikel Berkaitan: Noh Salleh Tamatkan Zaman Duda, Selamat Diijabkabulkan Dengan Fatin Athira
Terlupa sebut
Menerusi perkongsian yang dimuat naik, Noh kelihatan terlupa menyebut perkataan ‘ringgit’ semasa lafaz akad nikah berlangsung. Berikutan daripada itu, vokalis kumpulan Hujan ini terpaksa mengulangi semula proses tersebut.
Bukan itu sahaja, rata-rata tetamu yang hadir termasuk Nabila Huda turut terhibur melihat keadaan Noh yang dipercayai gemuruh pada masa itu.
Muka serius itu, dah sampai. Tapi.,, okay, kamera ‘roll’, ‘take two’
Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 38, sah bergelar suami kepada Fatin Athirah, 30. Mereka mengikat tali pertunangan pada 7 Mei lalu.
Terdahulu, Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos lalu.
Sumber: Nabila Huda