Perubahan imej yang ditonjolkan oleh pelakon dan personaliti media sosial, Norreen Iman mendapat perhatian warganet setelah dia menggenakan hijab.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norren Iman Tak Putus Doa Minta Nak Tunai Umrah Dengan Suami – ‘Tak Satu Bilik Takpa, Asalkan Ada Sekali’
Artikel Berkaitan: Tampil Dengan Imej Bertudung, Norreen Menangis Padam Gambar & Video Tak Berhijab Di IG – ‘Tak Menyesal, Cuma Rindu’
Jual baju lama
Menerusi sesi siaran langung di TikTok, Norreen dilihat sedang menjual baju-baju terpakai miliknya.
Namun bagi pakaian yang tidak menutup aurat, Norren atau nama sebenarnya Norren Iman Abdullah berkata dia hanya mahu menjual kepada mereka yang bukan Islam.
Yang bukan Islam sahaja boleh beli baju ini. Untuk orang Melayu beli, saya tak nak tanggung dosa.
Nanti ada pula yang kata aku jual baju tak panjang, nanti orang lain pakai baju ini juga.
Bagaimanapun, Norreen kemudian berubah fikiran kerana baju tersebut mencolok mata dan risau berikutan ianya tidak sesuai untuk digayakan oleh wanita Islam.
Baju ni banyak kenangan sangat dah..Tak jadi jual baju ni, aku rasa serba salah..tak baiklah.
Norren sebelum ini memaklumkan bahawa dia kini di dalam fasa ke arah yang lebih baik susulan perubahan imejnya.
Dia juga dilihat sudah mula memadam gambar dan videonya tidak berhijab yang pernah dimuat naik di Instagram (IG).
Sementara itu, warganet juga mengagumi penghijrahan yang dilakukannya dan mendoakan agar dia kekal istiqamah dengan penampilan tersebut.
@shasya11_ Siapa tengok kak norren jual baju semalam murah2 je?? #norren #murahrezeki #kongsirezeki #hidayahmilikallah #syukurselalu #preloved
Sumber: TikTok