Susulan siaran langsung bersama Ira Kazar, isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz mendedahkan bahawa dia menerima banyak ugutan daripada warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ira Kazar Nafi Ganggu Puteri Sarah – ‘Dekat Mana Aku Buat Akaun Palsu?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ira Kazar Reda Terima Kifarah? – ‘Bersyukur Dengan Apa Allah Beri’
Santuni Ira sebagai tetamu
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nilam berkata suaminya tidak mahu berdiam diri kerana risau akan keselamatannya maka mereka melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.
Saya ada menerima beberapa DM ugutan bunuh, ugutan langgar lori, ugutan simbah asid. Jadi Abang Lan risau dengan keselamatan saya dan mengambil keputusan untuk buat laporan polis.
Dalam pada itu, Nilam menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak pernah menyokong tindakan Ira malah dirinya sendiri membenci ‘penyondol’.
Bagaimanapun, Nilam berkata sebagai tuan rumah, dia tetap perlu menyantuni kehadiran isteri kepada Syamsul Yusof itu sebagai tetamu.
Saya sebagai tuan rumah menyantuni dia sebagai tetamu. Ada pengikut saya yang mahu ucapkan ‘Hi’ kepada Ira kemudian dia masuk dalam siaran langsung saya. Bila dia masuk, ramai gila yang serang dia, saya sendiri pun terkejut.
Semua orang dalam siaran langsung itu tahu saya tak ‘back up’ dia, saya hentam dia depan-depan, saya cakap ‘inilah kifarah kau dik’. Ini bukan kali pertama saya hentam dia dan Ira tahu saya tak suka dengan kesalahan dia ‘menyondol’ orang itu. Saya cakap depan-depan ‘kenapa kau ambil laki orang?’ Dia pernah tak menyahut apa-apa sebab dia menghormati saya.
Takkan kita ramai-ramai nak bunuh dia? Dia dah kahwin pun. Saya cakap kita doa yang baik-baik sahajalah.
‘Jangan spin cerita’
Sementara itu, wanita tersebut juga menyelar tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab memuat naik semula klip siaran langsung itu sehingga tular dan menjadi fitnah.
Ramai screen record siaran langsung saya dan ambil sekerat-sekerat sampai jadi isu dan jadi fitnah saya sokong dia. Dia adik angkat Abang Lan..Abang Lan dengan keluarga dia baik sebelum kenal dengan saya lagi.
Saya juga perempuan, saya tahu bagaimana sakitnya Puteri Sarah dan saya cakap jujur saya tak berminat nak tahu pasal hidup orang.
Jangan ‘spin’ cerita, boleh tanya saya. Saya selalu buat siaran langsung. Kedatangan dia ke rumah hanya untuk datang belajar masak dan tak lebih daripada itu.
Terdahulu, kehadiran Ira Kazar bersama Nilam menerusi siaran langsung di TikTok telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet sehingga mengundang kecaman.
@puan_nurnilamortiz_ penat laa asyik kene viral Ni, viral lagi,lagi dan lagi,aku yang kene viral Ni pun penat tengok diri sendiri kene viral,harap boleh di beri penjelasan kepada manusia yang suka ambik videos sekerat kerat hanya untuk views,gud luck guys #nurnilamortiz #nilambebel #AkN? #AMK? #NN? #irakazar
Sumber: TikTok Nur Nilam