Penyanyi, Cliff Umar dilihat melakukan persembahan di konsert Rock The World 2023 yang berlangsung di Bandar Malaysia, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Menerusi konsert tersebut, segelintir pengunjung dipercayai tidak berpuas hati dengan cara nyanyian Cliff dan mengecam persembahannya.
Artikel Berkaitan: Cliff Umar Juara Gegar Vaganza 7, Bawa Pulang Wang Tunai RM102,000!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Dakwa Juri & Pihak Produksi GV All Stars ‘Terang-Terang’ Pilih Kasih, Tok Ram Siap Cakap ‘Macam Mana Dia Orang Kira?’
Lupa lirik?
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Cliff Umar dilihat sedang menyanyikan lagu berjudul La La La Kerjalah yang dipopularkan oleh kumpulan Meet Uncle Hussain.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengkritik persembahan Cliff yang didakwa merosakkan lagu tersebut gara-gara lupa lirik.
Dalam pada itu, mereka juga mempertikaikan gelaran juara yang dimilikinya ketika menyertai Gegar Vaganza musim ke-7.
Penyanyi mana import ni? Dengan tak ingat lirik atas pentas. Rosak zaman muda ku.
Maaflah, kecewa sangat dari siang aku tunggu, akhirnya ini dia bagi.
Musim dia juara GV paling pelik macam mana boleh jadi juara?
Apa ni? Part La La La tu ‘kiler’. Macam ni ke level juara GV?
Sementara itu, terdapat segelintir warganet yang mencadangkan nama Hazama kerana yakin dia boleh memberikan persembahan yang lebih mantap berbanding Cliff.
Masa ni lah aku terus ‘blah’, kalau Hazama aku tunggu lagi.
Baik Hazama yang nyanyi dengan Meet Uncle Hussain ni. Cliff betul-betul lupa lirik.
Mesti Hazama dekat belakang pentas nak je rampas mic.
@fizzolivertuckeri20 Penyanyi mana import ni? Dengan tak igt lirik atas stage. Rosak zaman muda ku dulu ? #rtw2023 #rtw23 #rocktheworld2023 #kasifaham #tunetalk #rocktheworldmalaysia #meetunclehussain
? original sound – Fizz Oliver Tucker I – Fizz Oliver Tucker I
Sumber: TikTok