Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed Shahid, mendedahkan telah membuat beberapa laporan polis berhubung insiden yang menimpa dirinya dan isteri baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Didakwa Tiru Budaya Kaum Lain Sebab Pakai Kalungan Bunga, Prince Syed Respon – ‘Kami Mix Arab, Cina & India’

Artikel Berkaitan: Prince Syed Sambut ‘Birthday’, Harga Kek Cecah RM200,000 – ‘Dipenuhi Dengan Bunga Emas 916’

Syed buat laporn polis

Menerusi satu hantaran yang dimuat baik di Facebook, Prince Syed atau nama lengkapnya Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman memaklumkan bahawa tiga laporan polis telah dibuat setakat ini, melibatkan pelbagai isu termasuk kecurian barang kemas miliknya, pencerobohan privasi, serta hasutan yang mengganggu perniagaannya dan isteri, Fatin Syazwani.

Laporan polis terus dibuat, harini kita buat 3 dulu report kerana kes kecurian barang emas saya, kemudian privasi sy diganggu, kes hasutan terhadap perniagaan saya dan isteri serta banyak sebab dah lewat malam.

Syed turut menjelaskan bahawa laporan tambahan akan dibuat dari semasa ke semasa, memandangkan terdapat pelbagai isu lain yang tidak dapat didedahkan atas faktor keselamatan.

Sekarang ni apa-apa kita cerita dekat balai polis dan mahkamah je, senang biar pihak berkuasa je buat tindakan.

Difahamkan juga, individu-individu yang terlibat telah dikenal pasti selain bahan bukti termasuk rakaman suara, tangkapan layar berbaur fitnah dan sebagainya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Nama-nama itu nanti, get ready-lah. Kita beri hadiah sempena hari jadi saya. Special untuk ramai individu.

Semua kita dah screenshot yang cakap bukan-bukan, yang ganggu privasi kami dan keselamatan kami.

Sumber: Facebook Prince Syed Shahid