Tindakan pelakon Puteri Balqis sanggup mewarnakan rambutnya demi menjayakan watak sebuah drama berjaya mencuri perhatian netizen.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Suka Orang Yang Play Victim’ – Puteri Balqis Enggan ‘Cakap Banyak’
Artikel Berkaitan: ‘Video Tayang Jub*r Hari-Hari, Tapi Satu Award Pun Tak Ada’ – Puteri Balqis Sindir Pelakon Remaja?
Demi watak
Menerusi sepotong video yang dimuat naik di laman TikTok, Balqis atau mesra dengan sapaan Aqish berkata pihak produksi telah memilih sebuah salon yang bertanggungjawab untuk mewarnakan rambutnya.
Untuk watak baru saya, pihak produksi telah pilih MKAJ saloon untuk buat rambut saya.
Menerusi video tersebut, rambut aktres berusia 16 tahun itu telah diwarnakan dengan warna merah, kuning, biru dan hijau.
Malah, Aqish dilihat menunjukkan reaksi teruja dan gembira melihat hasil tersebut.
Netizen puji
Sementara itu, menjengah ke ruangan balas rata-rata netizen memuji sikap Aqish yang sanggup melakukan apa sahaja demi watak yang dijayakan.
Dalam pada itu, Aqish dilihat sempat membalas komen netizen dengan menyampaikan ucapan terima kasih di atas sokongan yang diberikan sepanjang dia bergelar anak seni.
Video
@morosechildofficial For my new character, the production has chosen MKAJ SALON as my professional hairstylist. Thank you @Mkaj Salon ?? #puteribalqis #hairtok #fyp ? Everybody Dies In Their Nightmares
Sumber: TikTok