Drama Layang-Layang Perkahwinan lakonan Shukri Yahaya, Ezzani Jasny dan Alya Iman sekali lagi mencuri perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Netizen Kecam Shukri Yahaya & Alya Iman, Adegan Mandi Didakwa Ada Unsur ‘Soft P*rn’ – ‘Jijik! Sampai Bila Drama Malaysia Kena Macam Ni?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shukri Yahaya Minta Maaf Lakon Babak Ada Unsur ‘Softpor*’ – ‘Saya Sangat Teruja Tanpa Fikir Sensitiviti’
Idea luar kotak
Menerusi perkongsian di TikTok, terdapat satu babak di dalam drama tersebut yang menunjukkan bagaimana watak Azim (Syukri) dan Tsuraya (Alya) menggunakan helah untuk curang.
Adegan tersebut memaparkan watak Saida (Ezzani) dan anaknya sedang beredar meninggalkan suaminya, Azim. Namun tidak lama selepas itu Azim menerima notifikasi di telefon bimbitnya.
Paling menarik perhatian adalah notifikasi mesej yang dihantar oleh Tsuraya menggunakan Microsoft Excel. Sangkaan penonton meleset apabila ternyata mesej manja yang dihantar dan ianya bukanlah dokumen berkaitan syarikat. Taktik tersebut digunakan supaya hubungan mereka tidak terbongkar.
I miss you baby.
Azim kemudian dilihat tersenyum selepas membaca mesej tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dengan idea luar dari kotak yang ditonjolkan di dalam drama tersebut.
Dalam masa yang sama, mereka juga mula berasa curiga dan mahu memeriksa telefon pasangan masing-masing.
Ah sudah nak kena check google drive, excel, microsoft word, semua la.
Dah bertahun tak check telefon suami. Nanti malam aku nak check la telefon laki aku.
Lepas tengok cerita ni baru tahu dekat excel pon boleh curang.
Letih la macam ni nak kena fikir sampai ke excel pulak , tapi dah terkawin terpaksa kena overthinking.
@mayadeens Kawan lelaki aku tak bagi post, takut method kena expose lah tuu? ini wow teruk! kdrama pun tak terfikir nak letak scene gini. Conversation dekat excel sheet ek? Download sooka app dan strim Megadrama: Layang-Layang Perkahwinan dengan serendah RM14.90/bulan, TANPA KONTRAK. Episod pertama adalah PERCUMA, download dan strim sekarang! #sooka #sookamalaysia #LayangLayangPerkahwinan #sookaGotDrama #syukriyahaya
Sumber: TikTok