berita

[VIDEO] Sajat Respon Isu Marissa Dania – ‘Jangan Sedap Kata Anak Orang, Silap-Silap Anak Kita Pula Yang Kena’

February 16th, 2024 | by Alia
Kini Trending

sajat marissa

Kontroversi yang melanda anak kepada pasangan pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim yang didakwa telah bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand telah mendapat perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: Lawan Semua Dengan Doa’ – Abby Abadi

Artikel Berkaitan: ‘Betul Marissa Dania Hakim & Aslam Nikah Di Songkhla Thailand’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sajat Menangis ‘Video Call’ Dengan Ibu & Bapa, Nak Kirim Duit Untuk Sedekah Sempena Hari Lahir

Pendapat Sajat

sajat marissa

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, warganet meminta usahawan sensasi Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruz Zaman untuk memberikan pandangan berhubung isu tersebut.

Menurut Sajat, dia memilih untuk tidak mengulas panjang tentang kontroversi itu.

Saya tak nak cakap sangat sebab saya pun ada anak perempuan, biarlah mereka uruskan antara satu sama lain. Kita orang luar, kita tak boleh nak nasihatkan orang sebab kita tak ada di dalam situasi orang itu.

Kita pun ada anak, tak kisahlah anak angkat sekali pun. Jadi jangan sedap kata anak orang, silap-silap anak kita pula yang kena.

Bagaimanapun, Sajat berpendapat perkahwinan adalah keputusan terbaik berbanding menjalin hubungan yang terlarang.

Lebih baik mereka berkahwin daripada mereka buat perangai-perangai macam ‘Hot Daddy’.  Bagi saya mereka sudah berkahwin dan halal.

Dalam masa yang sama, Sajat menasihati warganet supaya jangan mudah menghukum masa lalu seseorang.

Jangan ingat orang tu jahat akan terus jahat. Tengok macam Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, dulu masa dia muncul orang kata macam-macam, kontroversi itu ini. Tapi tengok dia sekarang.

Tak semuanya teruk, kita belum tahu pencapaian lagi 10 tahun macam mana. Jangan cepat menilai orang. Itu semua dah tertulis, kun faya kun. Doakan yang baik-baik sahaja.

Terdahulu, keluarga Abby dan Norman menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan rumah tangga seorang wanita yang dikenali sebagai Misya.

Bukan itu sahaja, wanita itu juga mendakwa dia mempunyai bukti salinan resit bekas suaminya bersama Marissa ‘check-in’ di sebuah hotel.

Baru-baru ini pula, kakak ipar kepada Aslam iaitu Nadiah Mazlan mengesahkan suami kepada Misya dan Marissa sudah pun berkahwin pada Disember lalu.

Difahamkan mereka mendirikan rumah tangga ketika Misya sedang menunaikan umrah.

@nursajatlegacymy

jaga anak masing². jaga percakapan masing². terutama yg ada anak perempuan #sajatvideo #sajatlive #sajat #nursajatlegacymy #fyppppppppppppppppppppppp #fyp

? original sound – NURSAJAT LEGACY COSMETIC MY – NURSAJAT LEGACY COSMETIC MY

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×