Sebelum ini, pempengaruh dan pelakon Norreen Iman memaklumkan dia dalam fasa mengubah dirinya ke arah yang lebih baik dan sedang perlahan-lahan mengenakan hijab.
Artikel Berkaitan: Tampil Dengan Imej Bertudung, Norreen Menangis Padam Gambar & Video Tak Berhijab Di IG – ‘Tak Menyesal, Cuma Rindu’
Artikel Berkaitan: Netizen Kecam Pakaian Norreen Iman Sambut Anniversary – ‘Semoga Terbit Rasa Segan Dengan Allah’
Ubah cara bercakap
Terbaharu, Norreen berkata susulan penghijrahanya itu dia menerima beberapa mesej pesanan ringkas daripada pengikutnya yang mengatakan mereka merindui sosok seorang Norreen yang ‘dahulu’.
Jelasnya, dia masih orang sama, namun selepas ini perlu memperbaiki tutur bicara agar tidak lagi mengeluarkan kata-kata kesat.
Saya perasan banyak media yang memuat naik berita berkenaan saya sudah berhijab dan memadam berapa posting tidak menutup aurat di media sosial, saya faham.
Saya juga ada menerima beberapa mesej daripada followers yang kata mereka rindu saya yang dulu, kata saya dah ‘hilang’.
Jangan risau, saya masih orang yang sama, cuma ingin menjadi seorang yang lebih baik untuk masa hadapan.
Apa yang saya perlu buat sekarang adalah kurangkan cara percakapan. Sebab orang tahu saya kalau bercakap agak lantang, saya cukup sinonim dengan ayat-ayat kasar seperti “babi, pukimak, sial”.
Tetapi saya masih Norreen. Bukannya saya tukar cara berpakaian terus lepas ni saya cakap berbisik dekat telinga orang. Tidak sampai begitu.
Norreen berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story) miliknya.
Terdahulu, pelakon drama Bisik Bisik Gelora itu bertindak memadan semua foto dan video tidak menutup aurat di media sosial.
Katanya, dia tidak berasa menyesal memadam semua perkongsian tersebut dan akui dalam fasa memperbaiki diri.,
Video
@norreeniman8 Keep Support Norreen, Doakan Yang Terbaik, Moga Kekal Istiqomah??? #norren143 #norreeniman #fyp #foryoupage???? #fypagee #fypmalaysia #masukfypdong #fypg #masukfyp ? original sound – norreeniman8
Sumber: TikTok