Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mendedahkan dia pernah berdepan dengan situasi memalukan iaitu ketika mengajukan soalan tentang kehamilan kepada seorang individu yang dikenali ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Dedah Gadis Pinjam Baju Tak Ada ‘Common Sense’ – ‘Bau Ketiak & Ada Kesan Bocor Darah Kering’
Artikel Berkaitan: Suami & Ibu Mentua Uyaina Arshad Paling ‘Chill’ – ‘Tak Pernah Kisah Saya Pandai Siang Ikan Ke Tak’
Teruskan berteka-teki
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Uyaina nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata dia pernah bertanya kepada individu tersebut tentang usia kandungannya.
Uyaina kemudian berasa kesal dan malu kerana ternyata individu berkenaan tidak hamil.
Saya teringat satu pengalaman pahit, di mana saya pernah tanya dan tegur seseorang yang agak popular juga..’awak dah berapa bulan sekarang?’
Selepas itu dia jawab, ‘saya tak mengandung’.
Saya speechless dan tak henti saya mohon maaf. Saya rasa macam nak duduk bawah meja, masuk dalam almari..memang memalukan untuk saya yang bertanya kepada dia.
Menurut Uyaina, pertanyaan tentang kehamilan disifatkan sangat sensitif bagi segelintir wanita berikutan ianya melibatkan perubahan fizikal seseorang.
Saya rasa perkara ini sangat sensitif sebab kadang kala orang punya perut tu nampak kedepan atau buncit sedikit bukan sebab mengandung atau lemak tetapi mungkin sebab penyakit.
Oleh itu, Uyaina menasihati pengikutnya agar tidak mengajukan soalan sedemikian supaya dapat menghindari daripada menyinggung perasaan mana-mana individu.
Kalau perempuan tu tak bagi tahu yang dia mengandung, janganlah tanya. Berteka-teki dengan diri sendiri sahaja sampailah dapat jawapan.
Dalam masa yang sama, pengacara berusia 31 tahun ini meminta agar orang ramai sentiasa peka dengan keadaan para wanita terutama ketika berada di dalam pengangkutan awam.
Kalau was-was, offer sahajalah tempat duduk tak kisahlah dia mengandung atau tidak kalau dah berniat. Tak terkesan pun jadi lelaki yang budiman kalau rasa nak offer tempat duduk dekat wanita walaupun dia mengandung atau tidak.
@uyaina.arshad Jangan tanya perempuan tu mengandung ke tak, kalau dia tak bagitahu sendiri! ?? Guys! Korang pernah tak mengalami situasi ketibas macam ni? Sama ada korang yang bertanya atau korang yang ditanya ?? Malu woooooooooooo!! Kalau ada yang mengalami situasi2 macam ni, meh share! ? Dan mari kita ber-huhuhu bersama2! ? #Pregnant
Sumber: TikTok Uyaina Arshad