Pemergian seorang bapa pastinya dirasai terutama bagi anak perempuan.
Rasa kehilangan dan rindu itu muncul dalam diri anak kepada pelawak dan pelakon Allahyarham Hamdan Senario iaitu Nur Natasya Umairah.
Artikel Berkaitan: Hamdan Senario Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: ‘Arwah Hamdan Cakap Dengan Doktor Jangan Tidurkan Dia’ – Azlee Senario
Luah rasa rindu
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Natasya berkongsi beberapa keping foto dan video keluarga mereka.
Dalam masa yang sama, gadis berusia 21 tahun itu juga menulis coretan kenangan pada setiap gambar tersebut.
Babah, saya sangat perlukan babah. Bukannya tak reda cuma rindu. Rindu sangat.
20 tahun hidup, apa-apa sikit semua mengadu dekat babah, sekarang adik dah hilang my confort person.
Babah pendengar yang baik, adik nangis-nangis putus cinta pun babah ada.
Babah selalu puji adik, cakap anak babah ini cantik, anak yang mulia, jaga babah dan mama, walaupun adik tak terbalas jasa lagi dekat babah.
Adik tak yakin dengan diri sendiri, tapi babah la tulang belakang adik.
Dalam pada itu, Natasya juga memuji sikap arwah pelawak tersebut yang sentiasa mengingatkan keluarganya tentang agama.
Ramai ingat babah garang, adik tak nafikan. Selagi tak solat jangan keluar rumah. Kalau bab agama memang babah tegas sangat. Tapi saya suka cara babah layan keluarga kita.
Tidak mampu menahan sedih, anak bongsu daripada empat adik beradik itu menangis di hadapan ibunya kerana perasaan rindu yang mendalam terhadap arwah.
Tiga bulan lebih babah tak ada, orang ingat adik okay. Abang pesan jangan menangis depan mama. Adik pendam sendiri sekarang, tak ada tempat nak bercerita.
Sampai satu hari adik menangis juga depan mama.
Babah selalu ada untuk adik bila adik perlukan babah. Terima kasih sebab manjakan adik, dengar luahan hati adik. Adik sayang babah dunia akhirat.
Semoga ada rezeki kita berjumpa di syurga kelak ya babah. Doa adik sentiasa untuk babah.
Terdahulu, Hamdan menghembuskan nafas terakhir pada 5 Januari lalu jam 12.40 tengah hari di Johor Bahru selepas ditidurkan beberapa hari.
Hamdan sebelum itu ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSA akibat jangkitan kuman dalam darah.
Arwah meninggalkan seorang balu iaitu Norhamalini Ahmed, 53, dan empat anak, Muhamad Zeyreen Misha, 31, Muhamad Nazreen Aiman, 28, Muhamad Syazreen Haqem, 25, dan Nur Natasya Umairah, 21.
@dawns0n rindunyaa lahai , al-fatihah babah ? #hamdansenario
Sumber: TikTok Natasya Hamdan