berita

[VIDEO] ‘Saya Tak Tutup Periuk Nasi Sesiapa, Itu Hak Semua Orang’ – Aliff Syukri

February 12th, 2024 | by Alia
Kini Trending

alif syukri lagu 11

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menganggap karya dan nyanyiannya adalah sekadar hobi dan bukan untuk mengganggu industri muzik tempatan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Kena Serang Dengan Netizen – ‘Kau Dah Bercerai Ke?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mahkamah Tak Bongok Lah Nak Bagi Orang RM100 Juta!’ – Aliff Syukri

Hak semua orang

alif syukri lagu 11

Menerusi podcast The Common Folks SG yang dimuat naik di TikTok, Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman menegaskan bahawa dia sama sekali tidak berniat untuk menyekat rezeki penyanyi tanah air.

Saya tak rasa saya tutup periuk nasi sesiapa.

Saya menyanyi bukan saya dapat ‘show’, keluar radio atau TV. ‘Chill chill’ sudah.

Kalau nak kata tutup periuk nasi..saya beri contoh, awak punya job saya ‘sailang’, ada ke bukti show awak kena cancel gara-gara saya?

Walaupun teruk dikecam namun Alif berkata lagunya pernah mendapat sambutan hangat dan memperoleh jumlah tontonan yang sangat tinggi.

Kalau kau kata lagu saya tak sedap, yang tengok Bobo Di Mana itu sahaja 24 juta. Habis yang tengok tu hantu, toyol? 

Macam korang nyanyi dan post lagu dekat YouTube, sama sahaja. Cuma bezanya korang tak ada duit, buat video klip biasa-biasa. Saya ada duit, saya bayar production dan pemuzik yang bagus. Meriah, orang ramai tonton. Korang view sendu.

Sementara itu, Alif berpendapat setiap orang mempunyai hak untuk berkarya walaupun bukan bergelar anak seni.

Kadang-kadang kita ada zaman, masa zaman ‘tok kaduk’ mungkin kau ‘hot’, bila zaman kau dah tua mungkin kau sendu.

Jadi bagilah peluang dan juga ruang kepada saya. Bagi saya untuk saya berkarya sekadar hobi dan bukan disiarkan di TV, ia adalah hak semua orang.

Saya peminat dan saya suka Datuk Awie tapi kenyataan itu tak boleh pakai sebab saya tengok Datuk Awie pun ada juga jual sambal. Tak ada pula saya marah dia suruh jangan jual sambal.

Sebelum ini media pernah melaporkan penyanyi rock terkenal, Datuk Awie meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat segelintir usahawan yang didakwa seakan mahu merosakkan industri muzik dengan lagu-lagu mereka.

@dherbs_holding

Dato Alif Syukri & Dato Awie | Aku tak tutup periuk nasi orang. #fyp #Datoawie #datoalifsyukri #telajaklaris

? original sound – DHERBS HOLDING HQ – DHERBS HOLDING HQ

Sumber: YouTube The Common Folks SG, TikTok Dherbs

SKIP THIS AD ×