Hari Raya Aidilfitri semestinya satu perayaan yang penuh dengan kemeriahan yang disambut bukan sahaja di Malaysia namun di serata dunia.
Namun begitu, kemeriahan dalam meraikan hari raya itu hendaklah berpada-pada.
Artikel Berkaitan: Hukum Ziarah Kubur Pada Hari Raya
Artikel Berkaitan: ‘Beraya Dekat Bandar Tak Meriah Macam Di Kampung..’ – Yamani Abdillah
Artikel Berkaitan: Fenomena Lagu ‘Raya Raya Raya’ Dolla Dapat Sambutan Luar Biasa
Lagu raya dalam kelab malam
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang Dj yang dikenali sebagai Farah Farz dilihat berada di kelab malam dengan menggayakan baju kebaya berwarna merah.
Apa yang meraih perhatian netizen apabila gadis dari Singapura itu memasang lagu raya ‘Secuci Lebaran’ yang dinyanyikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza versi yang di ‘remix’ kan di kelab malam.
Hal itu menerima pelbagai reaksi daripada kalangan netizen.
@inquisitivemusic WHEN YOU REMIX SITI NURHALIZA AND PLAY IT IN THE CLUB ?? #fyp #sitinurhaliza #sesucilebaran #selemathariraya #djinquisitive #djfarahfarz
Tak suci dah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan memainkan lagu berkenaan di tempat yang sebegitu. Selain itu, ada warganet yang meminta Dj kelab malam tersebut untuk menghormati lagu perayaan umat Islam.
Sumber: TikTok @inquisitivemusic