Pengarah popular, Syamsul Yusof menyorot perhatian warganet sekali lagi dengan berkongsi suasana ketika berada di dusun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Welcome Back’ – Ramai Excited Syamsul Yusof Kembali Aktif Di IG, Muat Naik Momen Bersama Anak-Anak
Artikel Berkaitan: Penghantar Makanan Jumpa Syamsul Yusof, Siap Pakej Bergambar Duduk Atas Lamborghini – ‘Tuan Kereta Yang Tangkapkan’
Sibuk di dusun
@syamsulyusoffilm Melawat ladang..mudah mudahan Allah izin. #MusangKing #PresidentFarm
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Syamsul atau nama lengkapnya Mohd Syamsul Mohd Yusof dipercayai sedang berada di dusun buah-buahannya.
Dusun yang luas itu antaranya dipenuhi dengan pokok durian, pisang dan cili.
Melawat ladang, mudah-mudahan Allah izin.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Syamsul yang tidak hanya bergantung kepada hasil karya seninya malah berbudi kepada tanah.
Artis yang beli tanah buat kebun ni memang bijak.
Patutlah ‘steady’, dah jadi tauke musang king rupanya. Salute kepada orang yang mula berkebun dari awal macam ini daripada ambil yang sudah ada hasil.
Alhamdulillah ini baru betul usahawan hebat. Bimbing pula artis yang susah ke arah pertanian. Saya sokong usaha awak.
Dalam pada itu, terdapat segelintir warganet yang turut menasihati pengarah filem Munafik tersebut supaya pulang menziarahi ibu bapanya.
Balik dari kebun jangan lupa melawat ayah bonda.
Semoga berjaya, tapi jangan lupa jumpa mak ayah. Mereka sudah tua.
Untuk keberkatan hidup, balik jumpa mak ayah dulu.
Sebelum ini, timbul juga dakwaan yang mengatakan isterinya iaitu Ira Kazar kini sedang hamil dan berikutan itu dia tidak lagi aktif memuat naik hantaran di media sosial.
Bagaimanapun, sehingga kini mereka masih lagi mengunci mulut tentang dakwaan tersebut.
Bapa kepada Syamsul iaitu penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam memaklumkan dia dan isteri tidak tahu menahu mengenai dakwaan tersebut memandangkan mereka juga sudah lama tidak berhubung dengan anaknya.
Namun sebagai seorang bapa, Yusof sentiasa berdoa agar anaknya itu terbuka hati untuk datang berjumpa keluarga.
Sumber: TikTok