![[VIDEO] ‘Tak Boleh Terus Dengan Beli Tanah’ – Yatie Kamarzaman Beri Panduan Mulakan Pelaburan](https://asset.ohbulan.com/2025/10/yatie-1.jpg)
Usahawan terkenal, Datin Yatie Kamarzaman menjelaskan langkah-langkah memulakan pelaburan bagi sumber pendapatan sampingan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yatie Kamarzaman Perjelas Personaliti Anak Didakwa Pendiam & Kaku – ‘Dia Sihat, Jangan Risau’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yatie Kamarzaman Dedah Sumber Pendapatan, Kekayaan Dipersoal
Pelaburan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Yatie atau nama penuhnya Noor Hayati Kamarzaman berkata, pelaburan tidak boleh dimulakan dengan membeli aset besar.
Tambahnya, individu perlu memberi fokus pada memenuhi akaun seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum membina aset.
Pelaburan tak boleh terus dengan beli tanah.
Untuk orang biasa macam saya, pertama sekali, penuhkan Amanah Saham Bumiputera (ASB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), letak di tabung haji. Di sini, memang selamat.
Anda juga boleh pertimbangkan untuk Amanah Harta Bumiputera (AHB) dan emas.
Rumah sebagai tempat pelaburan

Dalam pada itu, Yatie menjawab pertanyaan netizen yang mahukan aset seperti rumah menjadi pendapatan sampingan.
Ujarnya lanjut, individu perlu memilih aset yang bernilai di mata bank dengan menggunakan konsep cagaran atau ‘refinance’.
Rumah yang saiz besar sebenarnya tidak mudah untuk dijual.
Oleh yang demikian, kita kena pastikan untuk cari harta yang ada nilai di mata bank.
Niat kita beli adalah untuk menggunakan aset tersebut bagi mendapatkan duit lebih dari bank. Anda boleh guna konsep cagaran atau membiayai semula.
Majoriti orang kita bila beli rumah, mereka berniat untuk jual jika perlukan duit.
Anda bukan saja akan dikenakan cukai atas jualan keuntungan, tapi anda sudah tidak memiliki aset tersebut.
Jadi, rancang jangka panjang bukan sekadar mengikut trend.
Anda juga perlu membina aset yang menghasilkan pendapatan selain daripada mempelbagaikan pelaburan seperti saham, hartanah, dana amanah dan bisnes kecil.
Kekalkan sedekah atau zakat sebagai sebahagian dari kitaran rezeki.
Sumber: TikTok @yatie.kamarzaman





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

