Tindakan pelawak dan penyampai radio berkongsi video bermain golf bersama isteri, Watie Hanifiah ‘buat pertama kali’ telah menuai pelbagai reaksi daripada warganet.
Artikel Berkaitan: Netizen Syak Suara Shuib Dalam Video Main Golf, Watie Cakap Tak Baik Fitnah Orang!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Fokus Besarkan Anak-Anak Shuib, Belum Rancang Zuriat Sendiri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Masa Arwah Hidup Tak Pernah Watie Main Golf Dengan Shuib’ – Ibu Shuib
Tanggung dosa fitnah
Menerusi Instagram Story, Shuib, 38, menegaskan sekali lagi mereka tidak pernah berdua bermain sukan itu seperti yang didakwa dalam video pada April 2019.
Saja buat kapsyen buat pertama kali sebab memang pertama kali. Pertama kali main golf dengan Watie.
Watie yang turt bersama dengan Shuib menyatakan kepada netizen yang sudah menabur fitnah untuk menanggung sendiri dosa.
Jadi, kepada yang menulis komen macam tahu, tanggunglah dosa fitnah itu. Kalau yang pasal ‘nice nice’ (video golf) itu orang lain, kawan Watie.
Sementara itu, di hantaran berbeza, pemilik nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berlembut hati untuk memaafkan individu yang sudah salah sangka.
Kena ‘serang’ netizen
Di ruangan komen Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, rata-rata netizen masih lagi tidak berpuas hati dengan kebenaran.
Selain itu, ada juga segelintir yang ‘sakit mata’ dengan penampilan Watie ketika bermain golf. Bagaimanapun, pengikut menasihati untuk menyerahkan tugasan itu kepada Shuib sebagai suami.
@ohbulanofficial Kita doakan yang baik-baik aje.. ??#ohbulan #news #fyp ? Sampai Jadi
Pada Jumaat lalu, Shuib dan Watie sah menjadi suami isteri hanya dengan sekali lafaz di Putra Glass House, Putra Height.
Dalam majlis serba putih dan ‘dusty pink,’ Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 atas simbolik tarikh lahir Watie. Kini, pasangan sama cantik sama padan ini sedang berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah.
Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Sekadar info, Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Sumber: Instagram