berita

[VIDEO] Tengah Syok Memancing Waktu Senja, Tiba-Tiba Ada Entiti Berambut Panjang Pula Terbang..Seram!

August 19th, 2021 | by Shahira
Video Popular

Tak dinafikan, perihal gangguan mistik dan makhluk halus sedikit sebanyak mencetuskan ‘ketakutan’ orang ramai lebih-lebih lagi apabila makhluk alam ghaib itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Artikel Berkaitan: Nampak Wanita Rambut Panjang Baring Dalam Bathtub, Bella Astillah Cerita Pengalaman Seram ‘Diganggu’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Siapa Dalam Cermin Tu?’ – Wanita Terkejut Kelibat Misteri Muncul Dalam Video Anak

Namun berbeza pula dengan kisah yang dilalui seorang individu ini apabila dia ‘terserempak’ dengan satu makhluk halus ketika sedang memancing.

Nampak entiti terbang

Pengalaman seram itu dikongsikan di TikTok oleh seorang lelaki yang dikenali Razif Mutalib. Berdasarkan video pendek itu, kelihatan satu entiti berambut panjang dipercayai muncul dari sebalik pokok sebelum berterbangan di udara. Menurut Razif, kejadian seram tersebut berlaku pada waktu senja iaitu ketika dia sedang memancing ikan di Felda Tenggroh, Mersing Johor.

Di ruangan komen, seorang individu yang dikenali dengan nama Muhammad Azrul mendakwa entiti tersebut muncul kerana kubur seorang wanita mengandung dipercayai telah dikorek untuk tujuan mengeluarkan dan mengambil bayi dari dalam perut jenazah. Video yang dikongsikan Razif semalam telah mendapat sebanyak 1.5 juta tontonan dan 100k tanda suka. Di ruangan komen, kebanyakan netizen mengakui seram selepas melihat video tersebut malah ada di antara mereka turut berkongsi pengalaman seram yang pernah dilalui sebelum ini. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan video tersebut.

Video seram

@razifmutalib7lokasi di Felda Tenggaroh dapat tengok rezeki mata,tapi kalau boleh jangan nampak? bunyi asal – closed account

Respon netizen

Sumber: Razifmutalib7

SKIP THIS AD ×