berita

[VIDEO] Suara Tangisan Dipercayai ‘Penanggal’ Gemparkan Penduduk Di Melaka, Netizen Cakap ‘Itu Bunyi Musanglah’

August 7th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tidak dapat dinafikan bahawa kita perlu mempercayai kewujudan makhluk halus di sekeliling kita kerana ‘mereka’ juga adalah ciptaan Allah. Kadangkala makhluk halus ini juga berupaya menjelma dalam satu bentuk yang sangat menyeramkan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berani Sangat Cari Hantu, Sekali ‘Pocong’ Tunjuk Muka & Main ‘Cak Cak’, Terus Lari Lintang-Pukang!

Artikel Berkaitan: Seram Nampak Kereta Mainan Bergerak Di Koridor Pukul 12 Tengah Malam, Pergi Dekat Tak Ada Orang!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pukul 3 Pagi Anak Menangis Terketar-Ketar, Rupanya Ada ‘Baby’ Tumpang & Main-Main Di Belakang Kereta!

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook ada berkongsi satu video ‘seram’ yang memperdengarkan seperti suara tangisan makhluk halus.

Orang kampung kata ‘penanggal’

Video seram itu dikongsikan oleh Mizan Yusof Mizan di Kumpulan Facebook Kelab Cerita Hantu Malaysia (KCHM). Berdasarkan video pendek tersebut, kedengaran seperti satu suara tangisan yang sangat kuat. Jelas Mizan Yusof, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Melaka dan penduduk mendakwa ‘tangisan’ tersebut adalah bunyi ‘penanggal’.

Kejadian di Melaka. Orang kampung khabar penanggal. Wallahualam.

Walau bagaimanapun, di ruangan komen, terdapat pelbagai pendapat dan ‘teori’ yang diutarakan netizen. Malah ada di antara mereka mendakwa ianya bukanlah bunyi makhluk halus seperti yang disangka sebaliknya itu adalah bunyi musang. Namun, ada juga yang percaya bahawa bunyi itu memang datangnya dari ‘penanggal’. Hal ini kerana, ada beberapa orang pengguna Facebook mendakwa melihat penampakan makhluk halus tersebut di atas cahaya lampu jalan berkenaan. Meskipun begitu, sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihan video tersebut.

Video seram

Komen netizen

Sumber: Mizan Yusof Mizan (Kelab Cerita Hantu Malaysia)

SKIP THIS AD ×