Pelakon Fikry Ibrahim menerima pujian daripada warganet dek kerana kemesraan yang ditunjukkan di laman Instagramnya (IG) bersama ibu tercinta, Bibi Zaleha.
Artikel Berkaitan: Fikry Ibrahim Nekad Beli Kereta Baharu Demi Misi Bantuan Banjir
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Kisah Dipanggil Anak Emak’ – Fikry Ibrahim
Artikel Berkaitan: Fikry Ibrahim Kena Gangguan Seksual Masa Tukar Baju, Wanita Itu Cakap; ‘Alah Tak Luak Pun’
Tersipu malu cium anak
Gelagat ibu kepada pelakon berusia 28 tahun itu tidak lagi asing apabila sering kali dilihat di laman Instagramnya.
Menerusi video yang dimuat naik, Fikry kelihatan meminta ibunya untuk mengucup pipinya. Namun, ibu kepada pelakon ‘Kerana Dia Suka’ itu dilihat tersipu malu dan mencetus rasa terhibur di kalangan netizen.
Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang akui merindui arwah ibu mereka apabila melihat keakraban yang sering ditunjukkan Fikry di media sosialnya.
@afikryaibrahim ANAK TAK NAK CIUM MAK? MAK TAK NAK CIUM ANAK?
Elok jadi suami
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan video yang dimuat naiknya itu. Terdapat juga netizen yang sempat memuji sikap Fikry yang dianggap bakal menjadi suami yang baik kepada isterinya kelak.
Sumber: Instagram @fikryibrahim & TikTok @afikryaibrahim