Pelakon dan usahawan, Tya Arifin berkongsi tentang kisah jerih perihnya sebelum bergelar ahli perniagaan yang berjaya.
Artikel Berkaitan: Tya Arifin Sambut Hari Raya Pertama Di Indonesia Selepas 9 Tahun Kahwin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tya Arifin Bergenang Air Mata Genggam Ijazah, Impian Nak Jadi Doktor Dahulu Tak Kesampaian Sebab….
Kisah Tya
@tyaarifinnw Setiap kehidupan pasti akan ada saat kejatuhan & moment tersebut bila diingatkan masih segar di dalam ingatan. Tapi percaya setiap ujian yang terjadi pasti akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik @Tun Asyraf Khalid ™ #fyp #apacerita #podcast #tyaarifin #asyrafkhalid #struggle #journey #viral
Menerusi podcast Apa Cerita, Tya atau nama lengkapnya Nurtria Wulandari Arifin, 30, berkongsi tentang pengorbanan ibu bapanya yang bekerja keras demi membesarkan anak-anak.
Mak saya tukang jahit, solekan orang kahwin dan menjual barang. Mak saya ini jenis orang yang akan buat apa sahaja untuk keluarga. Untuk survive empat orang anak, mak saya kena buat kerja-kerja lain supaya dapat duit untuk kehidupan kami.
Bercerita lanjut, Tya berkata ibunya pernah membantu seorang teman baiknya yang mahu meminjam wang untuk menjadi ahli politik.
Ketika saya di sekolah menengah, mak saya ada kawan baik. Dia nak mencalonkan dirinya sebagai ahli politik. Mungkin mak saya ini orangnya cepat kasihankan orang, dia suka tolong.
Ahli politik kalau nak menang memerlukan wang yang banyak dan dia pinjam wang daripada mak saya. Kedai, rumah, kereta dipinjam untuk digadai atas nama ibu saya.
Namun segalanya berubah, apabila niat murni ibunya itu ternyata tidak dibalas malah calon ahli politik tersebut meninggalkan keluarga Tya dengan hutang yang menimbun.
Digadaikan dengan pulangan ingatkan dia akan menang tapi malangnya tidak. Orang itu lari. Setiap orang yang pernah berhutang dengan orang tersebut akan mencari mak saya.
Sampai satu masa tak boleh bayar kedai, rumah pun hampir kena gadai dan kereta pun kena tarik. Ketika itu ada gangguan yang menyebabkan kami tidak boleh hidup normal macam dulu. Saya ingat wakil daripada bank juga ada datang.
Ketika itu saya baru balik sekolah, ada sebuah kereta besar warna hitam. Ada dalam lima orang berbaju hitam, dia masuk rumah dan minta bayaran. Saya tak keluar rumah dan hanya tengok.
Menurut ibu kepada dua orang anak ini, perkara tersebut merupakan fasa terendah yang tidak dapat dilupakan dan menjadi faktor untuk dia bangkit semula membantu keluarga.
Jadi tak seronok kerana bukan kami yang berhutang, tapi kena bayar. Itu bukan momen zero tapi momen minus untuk keluarga kami.
Pada ketika itu, tak ada sesiapa yang menolong. Itulah yang membuatkan kenapa saya kena buat apa yang saya buat hari ini.
Dalam pada itu, suami Tya iaitu Asyraf Khalid juga mengangumi semangat isterinya yang tabah dan cekal untuk mengubah nasib keluarga.
Sebagai seorang suami, bila dia cerita tentang perkara ini barulah saya tahu itulah sebabnya mengapa dia bersemangat, untuk mengubah bukan sekadar nasib dia tapi nasib keluarga dia di Indonesia juga.
Sumber: TikTok Tya Ariffin