Seorang pendakwah iaitu Ustaz Yaakub Yusra tampil menegur tindakan sesetengah individu yang gemar mengajukan soalan peribadi sehingga menyakitkan hati seseorang.
Artikel Berkaitan: Sempat Lepak, Makan & Tidur, Penganggur Didenda RM3,000 Ceroboh Rumah Nabil Ahmad
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zizan Razak Tepis Dakwaan Tak Boleh Bekerja Dengan Mira Filzah – ‘Saya Okay Saja’
Empat soalan tidak sesuai ditanya
Menerusi hantaran di TikTok, Ustaz Yaakub berkata perbuatan seperti itu seolah-olah tidak sensitif terhadap perasaan seseorang dengan mengambil contoh keperibadian Nabi SWT.
Nabi SWT tidak akan sekali-kali bercakap benda yang boleh menyakitkan seseorang itu. Jangan menggunakan perkataan-perkataan yang boleh membuatkan orang berkecil hati dengan kita.
Dalam masa yang sama, pendakwah tersebut menjelaskan bahawa terdapat empat soalan yang tidak sesuai untuk diajukan walaupun dengan niat untuk bergurau.
Sebab itu saya sebut bila kita berkomunikasi dengan orang, kita berjumpa dengan orang..jangan tanya empat benda. Yang pertama, jangan tanya orang soal umur dia. Ada sebut dalam kitab-kitab ulama tasawuf, bila jumpa seseorang jangan tanya umur. Yang kedua, jangan tanya pekerjaan dan pendapatan dia. Yang ketiga jangan ditanya soal jodoh orang. Yang keempat jangan tanya tentang zuriat.
Kadang niat kita hanya nak bergurau tetapi terguris tanpa sedar, sebab tu nabi pesan jika kita bermasyarakat jangan ditanya empat soalan ini.
Walaupun video Zizan itu hanya ‘prank’ pada Nabil tapi ribuan orang pernah disakiti dari soalan yang sama.
Terdahulu, menerusi sebuah program televisyen, Nabil secara berseloroh menyoal tentang jodoh dan rumah tangga kepada Zizan.
Pelakon filem Polis Evo itu kemudian dilihat keluar dari studio didakwa kerana berkecil hati dengan soalan yang diajukan.
Bagaimanapun, difahamkan tindakan Zizan tersebut hanyalah ‘prank’ semata-mata bersempena ulang tahun kelahiran Nabil.
@yaakubyusra kadang niat kita hanya nak bergurau tetapi terguris tampa sedar,sebab tu nabi pesan jika kita bermasyarakat jangan di tanya empat soalan ini. walaupn video Zizan itu hanya prank pd nabil tp ribuan org pernah disakiti dr soalan yg sama. #ustazyaakubyusra
Sumber: TikTok Ustaz Yaakub Yusra