Pengacara Uyaina Arshad memberitahu dia terpaksa menanggung kesakitan yang teruk berikutan gigi geraham bongsunya membengkak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Idolakan Neelofa & Izara Aisyah, ‘Throwback’ Momen Ketika Pertama Kali Bertemu
Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Pegang Prinsip Tak Menyindir Orang Lain Ketika Mengacara – ‘Lebih Baik Fokus Pada Perkembangan Diri’
Demam tak surut
Menerusi sebuah posting di Instagram, Uyaina berkata, dia sudah mengalami simptom demam selama lima hari berturut-turut. Pada masa yang sama, mulutnya turut sakit disebabkan tonsil dan ulcer.
Pergi klinik, tak jalan. Pergi hospital, tak jalan juga. Blood test result cakap I ada bacterial infection kat white blood cell. Makan antibiotics dan ubat-ubat lain tapi macam tak ada kesan langsung.
Last sekali I decided untuk pergi dentist. Rupa-rupanya, wisdom teeth both sides dah membengkak sebab bergesel dengan gusi. Patutlah sakit lain macam. Ditambah pula dengan tonsil dan ulcer. Pakej lengkap.
Berikutan daripada itu, Uyaina telah mencabut tiga giginya.
Selain pelat, I think I’m gonna be okay. Going through recovery pula untuk seminggu ni.. Doakan saya.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Uyaina Arshad