Semalam kecoh di laman sosial apabila seorang lelaki dengan beraninya mengeluarkan kenyataan bahawa Wak Doyok gay dan mempunyai ramai skandal seks.
Artikel Berkaitan :
- Lelaki Ini Dengan Beraninya Mengatakan Wak Doyok Gay & Banyak Skandal Seks
- Wak Doyok Sound Setepek Pada Orang Yang Dengki Dengan Kejayaannya
Terkesan dengan tuduhan tersebut, Wak Doyok bagaimanapun mengambil keputusan untuk membuat laporan polis. Namun dua video nyanyian terbaru Wak Doyok ini cukup sayu menggambarkan keadaan terkini Wak Doyok yang terluka. Sabar Wak sabar!
Tinggalkanku, Perlahan-lahan Ku Terima
Jelas Wak Doyok, dirinya cukup tertekan dengan dakwaan terbabit kerana ia turut memberi kesan terhadap keluarganya.
Saya ada keluarga. Malah saya menjaga ibu dan bapa saya. Cerita-cerita macam ini bukan sahaja boleh meninggalkan kesan tidak elok kepada saya, bahkan buat keluarga saya juga.
Ia adalah fitnah dan saya akan buat laporan polis.
Individu Tersebut Mahu Perhatian – Wak Doyok
A video posted by Wak Doyok (@wakdoyok) on
Tambah Wak Doyok, individu tersebut jelas mahukan perhatian kerana pernah beberapa kali menulis perkara yang tidak elok tentang selebriti lain sebelum ini.
Bagi saya, budak ini hendakkan perhatian. Mungkin dia hendakkan populariti untuk dirinya. Tetapi cara ini boleh meninggalkan kesan tidak elok kepada orang lain.
Sabar la Wak, mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku ini. Kepada yang cakap Wak gay tu, dah ready nak tidur lokap?
Hasil tinjauan kami, lelaki tersebut telah pun menukar nama dan foto di Twitter. Malah akaunnya turut telah di ‘private’ kan. Tahu takut.
Kredit Berita : Mangga Online