Usahawan dan isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi dengan warganet momen pertama kali berjumpa dengan suaminya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Watie Hanifiah Tak Kekok Tukar Lampin Ayash – ‘Ibu Segera Anugerah Allah Paling Mulia’
Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Teruskan Amalan Arwah Siti Sarah, Pakaikan Shuib Stokin Sebelum Pergi Kerja
Mata bertentang mata
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah dilihat sedang berinteraksi bersama pengikutnya yang bertanya tentang detik pertama kali dia berjumpa dengan Shuib.
Menurut Watie, Shuib sanggup menyewa sebuah pawagam semata-mata untuk meluangkan masa bersamanya.
Lepas kami berbalas mesej, dia telefon selepas itu dia tanya ‘bila kita boleh jumpa?’.
Selepas saya kata ya, dia terus tempah satu pawagam! Jadi dekat situlah perkenalan bermula, bertentang mata.
Dalam pada itu, wangian yang dipakai pelawak tersebut juga turut membuatkan Watie jatuh hati padanya selain personaliti Shuib yang menyenangkan.
Masa ‘first impression’ tu, dia wangi gila! Bila berborak dia kelakar, kita pula suka gelak.
Sebelum tu kalau dia mesej macam tak layan sangat..lambat balas tapi lepas dah jumpa dan ada daya tarikan, lagi ‘sweet’ lah balas mesej dia.
Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights.
Terdahulu, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata. Namun Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana jangkitan Covid-19.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Watie