Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta mengingatkan golongan isteri untuk tidak menayang suami masing-masing di platform media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Tesla Dapat Restu Kahwin Kali Kedua -‘3 Jam Sebelum Nikah, Solat Subuh Bersama Diiringi Air Mata’
Artikel Berkaitan: Noorkhiriah Sekolahkan Isteri Kedua Abang Tesla? – ‘Jangan Bangga Sangat, Ada Hati Yang Menderita’
Suami orang laku
@rozitachewan1 Simpan sini buat kenangan ? . #cheta #fyp #curang #poligami ? original sound – ROZITA CHE WAN
Menerusi video di TikTok, Che Ta, 50, menyatakan golongan wanita pada masa kini lebih selesa memilih suami orang sebagai pasangan hidup berbanding lelaki bujang.
Kata ibu kepada tiga orang cahaya mata ini, dia hanya akan berkongsi tentang diri sendiri bagi mengelak suaminya, Zain Saidin diintai anak dara.
Zaman sekarang jangan tayang sangat suami dekat media sosial, nanti ramai berkenan. Zaman sekarang bujang dan duda tak laku, suami orang (laku).
Suami kita pula elok (kacak) jadi kita simpan. Tayang muka kita saja dekat media sosial.
Sokong sangat
Di ruangan komen, rata-rata warganet terutama kaum hawa sokong dengan pesanan ringkas dari Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar.
Ada juga segelintir netizen yang berseloroh dengan memberi cadangan untuk menyimpan suami masing-masing dalam peti.
Che Ta mendirikan rumah tangga dengan Zain, 40, pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya wanita, Aaisyah Dhia Rania yang kini berusia sembilan tahun.
Terdahulu, Rozita turut mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan bersama suami pertamanya.
Sumber: TikTok