berita

Viral Video ‘Kelibat’ Melintas Pukul 3 Pagi Di Kelantan, Bila Disiasat Rupa-Rupanya…

June 14th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Sebelum ini, tular rakaman video di media sosial memaparkan seorang ‘wanita tua‘ yang melintas jalan pada pada pukul 3 pagi. Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh seorang pemandu kereta dan ianya dipercayai berlaku di Jambatan Binjai Manis, Ketereh, Kelantan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Je Nak Tegur Tapi Teringat Jiran Baru Meninggal Dunia 7 Hari Lepas…

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rumah Kena ‘Ketuk’ Pukul 4 Pagi, Tengok Luar Tak Ada Orang, Tapi Bila Check Gambar..

Video tersebut bagaimanapun, menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya dalam kalangan warganet adakah ia benar-benar ‘wanita tua’ ataupun jelmaan lain.

Video kejadian

Terbaru, menerusi perkongsian Hello Kelantan di laman Facebook, tampil menceritakan perkara sebenar di sebalik kelibat ‘warga emas’ yang melintas pada pukul 3 pagi.

Ni makcik yang dipercayai ditemui pada awal pagi di kawasan Jambatan Binjai Manis Ketereh pukul 3.00 pagi. Video makcik ni menjadi viral di media sosial baru-baru ni. Sehinggakan menimbulkan pelbagai persepsi. Bahaya berjalan seorang diri malam-malam. Apapun Semoga Allah panjangkan kesihatan & permudahan urusan makcik.

Difahamkan, ketika kejadian warga emas ini berjalan seorang diri tanpa ditemani oleh sesiapapun. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut risau jika kejadian seumpama ini kembali berulang dan ianya boleh membahayakan warga emas ini.

Foto: Hello Kelantan

Bahaya jalan sorang-sorang

Sumber: Info Roadblock JPJ/ Polis & Hello Kelantan

SKIP THIS AD ×