Foto: Tangkap layar
Sebelum ini, viral sebuah video di TikTok, memaparkan seorang lelaki yang gagal menahan sebak berikutan isterinya yang meninggal dunia dipercayai akibat Covid-19. Menerusi video tersebut, lelaki ini hampir rebah di hadapan rumah dan cuba ditenangkan oleh anak-anak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gadis Akui Tak Kuat, Mula-Mula Ibu Meninggal Dunia Selepas 10 Hari Bapa Pula…
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janji Nak Balik, Tak Sempat Jamah Rendang Kesukaan, Warga Emas Sayu Anak Meninggal Akibat Covid-19
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Van Bawa Jenazah Covid-19 Lalu Rumah Ahli Keluarga Undang Sebak, Penghormatan Terakhir Buat Keluarga
Difahamkan, ketika kejadian empat anaknya yang lain tidak sempat untuk mengiringi jenazah ibunya berikutan masih berada di pusat kuarantin. Video tersebut bagaimanapun, berjaya membuatkan netizen berasa sebak melihat tangisan lelaki ini.
Suami pula meninggal dunia
Foto: Tangkap layar video
Terbaru, pemilik video TikTok, dikenali sebagai Hidayah menceritakan bapa saudaranya pula dijemput menghadap Sang Pencipta berikutan mempunyai masalah jantung. Pasangan ini meninggalkan lima cahaya mata lelaki berusia 7 hingga 23 tahun.
Menerusi video lain, jelas kedengaran suara anak kepada pasangan ini yang cuba menahan sebak dan akur apabila kedua ibu bapa tersayang dijemput Allah S.W.T. Difahamkan, kejadian ini berlaku di Kampung Tok Dir, Terengganu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak mendapat perkhabaran duka tersebut dan mereka pada masa yang sama turut mendoakan semoga pasangan ini ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Video penuh:
@dayahzulrimiAl-fatihah pok saudara ku . Baru kehilangan isteri . Sekrang pok pulok g??? original sound – Ezaaa? – ezaaaaaa?
@dayahzulrimiKami tahu apih kuat ?? apih ank sulong kene kuat utk adik2 . Kene kuat utk arwah ayah n mok . Tingal 5 org adik beradik tanpa kasih ayah n emak??? original sound – Hidayahzulrimi
Al-Fatihah
Sumber: Hidayah