Tidak tahan dengan pencemaran bunyi bising dari sebuah pusat pendidikan berdekatan dengan kawasan perumahan, seorang wanita meluahkan rasa kurang senang melalui ciapan di Twitter.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bangga Tak Berbaju & Tayang Badan Sado, Netizen Tegur Aurat Atiq Azman– ‘Bukan Dia Budak Tahfiz Ke?’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Belajar Secara Berperingkat’ – Jasmine Suraya Gembira Hadir Majlis Agama & Kelas Tahfiz
Berulang kali buat laporan polis
Menerusi ciapan yang mengandungi gambar dan video itu memaparkan sekumpulan remaja sedang membuat bising dengan bernyanyi, memasang muzik dengan kuat dan menjerit-jerit ketika lewat malam.
Berdasarkan penjelasan wanita tersebut dia sudah pun melaporkan tentang kejadian itu kepada pihak polis sebelum ini memandangkan kejadian seperti itu bukanlah pertama kali berlaku dan kini kembali berulang.
Tak reti langsung nak hormat masa penduduk sini. Bab adab berjiran macam tidak belajar. Berapa kali dah telefon polis, tetapi masih benda yang sama jadi.
Tambahnya lagi, emosinya juga terganggu ketika mendengar bunyi bising dari golongan remaja tersebut. Difahamkan, kejadian itu berlaku di Batu Caves, Selangor dan wanita berkenaan dilaporkan baru sahaja selesai menjalani rawatan kemoterapi.
Dalam pada itu, wanita tersebut dan warganet juga mengecam pihak pengurusan pusat pendidikan tersebut. Lokasi pusat pendidikan itu juga dikatakan tidak bersesuaian, tambah pula pihak pengurusan didakwa tidak mampu mengawal pelajar-pelajarnya.
Pilihlah tempat yang bersesuaian, ini tak main ‘pacak’ sahaja. Hidup kat kawasan ni tak tenang.
Buat celah-celah rumah orang. Lepas itu, ada hati sampai nak buat fasa 3.
Kalau buka mengaji pun tidak perlu buka kuat-kuat sampai satu taman boleh dengar. Ini lagi pula lagu Judika, memanglah orang marah, ‘common sense’ lah orang nak rehat.
Respon ustazah
Beberapa jam selepas ciapan itu mendapat perhatian ramai, penceramah bebas, Datuk Dr. Norhafizah Musa, telah ambil maklum akan teguran tersebut dan akan mengatur pertemuan bersama wanita berkenaan.
Kepada saudari yang berkenaan, ustazah harap makluman ini sampai kepada saudari. Ustazah tidak aktif di Twitter, jadi mengambil platform ini (Instagram) untuk menghubungi saudari.
Beliau yang kini sedang menjalankan ibadah umrah berkata pihak tahfiznya akan mengambil tindakan namun tidak akan menjawab sebarang persoalan di media sosial.
Lebih beradab berbanding melemparkan pandangan sebelah pihak di media sosial yang bakal ditakwil berbagai andaian dan persepsi.
Sumber: Twitter & Instagram