berita

Wanita Ini Dedah Sikap Baik Hati Lan Pet Pet Sanggup Bahayakan Diri Sendiri Tolong Mangsa Kemalangan

August 3rd, 2015 | by Wan
Kini Trending

lanohbulan

Wahid, Azlee, Lan Pet Pet, Saiful Apek, Yassin, Hamdan, dan Ilya. Menipu lah kalau korang tak kenal dengan pelawak-pelawak otai daripada kumpulan Senario ini kan?

Walaupun Senario sudah tidak seperti dulu namun mereka masih lagi diingati dek kerana sitkom komedi yang cukup menghiburkan hati pada zaman kegemilangan mereka.

Tapi hari ini kami nak kongsikan kisah Lan Pet Pet yang sungguh baik hati membantu mangsa kemalangan yang kebetulan sempat dirakamkan oleh orang ramai.

Baguih Lan Pet Pet ni…

lann

Menurut gadis yang memuatnaik kisah ini, Lan Pet Pet sanggup memberhentikan keretanya di tengah-tengah jalan bagi membantu mangsa kemalangan.

Screen Shot 2015-08-02 at 11.58.54 PM

Dah lah dia dari arah bertentangan, sanggup bahayakan sendiri menyeberangi jalan nak pergi tolong.

Cerita di sebalik nama Lan Pet Pet

lagilan

Status tersebut menjadi perhatian ramai dan dikongsi oleh orang ramai yang memuji tindakannya itu. Malah tambah mereka, Lan Pet Pet memang cukup terkenal dengan sikapnya yang ramah dan suka membantu orang ramai.

Bukan kami yang cakap tapi hal ini diceritakan sendiri oleh penduduk Kedah khususnya. Betul ke?

Screen Shot 2015-08-03 at 12.48.33 AM Screen Shot 2015-08-03 at 12.48.52 AM Screen Shot 2015-08-03 at 12.49.31 AM

Sumber : Facebook Fairuz Arshad

SKIP THIS AD ×