Meskipun sudah berkahwin, masih ada segelintir netizen yang tidak berpuas hati dengan permulaan kisah cinta antara penyampai radio, Shuib dengan isteri, Watie Hanifiah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Sah Jadi Milik Watie Hanifiah
Artikel Berkaitan: ‘Bangun Pagi Know Know Dah Ada Suami’ – Watie Hanifiah
Jangan fitnah!
Menerusi Instagram Story, Watie, menjawab dakwaan netizen yang bertanya sama ada Watie dan Shuib berkenalan ketika arwah Siti Sarah Raisuddin masih hidup.
Tegas Watie, detik perkenalan bersama suaminya bermula pada Disember 2021. Kata Watie, Shuib mula menghantar kiriman mesej di DM Instagram ketika bergelar duda.
Aiyoo tanggung la sapa yang fitnah itu. Kami tak pernah kenal pun. Dia tackle pun selepas dia menduda.
Dalam pada itu, pemilik nama turut memuat naik tangkapan skrin (screenshot) perbualan dengan Shuib yang tertera tahun 2021.
Terdahulu, Watie mendirikan rumah tangga dengan Shuib atau Shahmira Muhamad, 38, pada 23 Jun lalu.
Sebelum itu, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada 2011, namun arwah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Sumber: Instagram