berita

Weekend Tak Tahu Nak Pergi Mana? Jom Cuba Pelbagai Aktiviti ‘Mesra Keluarga’ Di Gamuda Cove!

May 17th, 2023 | by Umirah Halim
Kini Trending

Time hujung minggu ni kita semua mesti lah nak cari aktiviti yang best untuk mengisi masa yang terluang kan?

Kalau korang dah bosan asyik pergi shopping mall je apa kata korang cuba manfaatkan cuti tu dengan mendekatkan diri dengan alam semulajadi!

Ha..sekarang jom min share dengan korang tentang satu port menarik yang korang boleh pergi!

Nikmati keindahan alam semulajadi di Gamuda Cove!

Untuk pengetahuan korang, Gamuda Land akan mengadakan acara bagi meraikan Hari Kesedaran Biodiversiti yang bertemakan Wonder of Wetlands pada 20 & 21 May ini bermula jam 10 pagi hingga 7 petang bertempat di Gamuda Cove Experience Gallery.

Korang juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti baucar daripada L’OCCITANE en Provence dan EcoFlow, tebus face mask daripada UNIQLO Malaysia serta hadiah misteri* daripada Starbucks Malaysia kalau korang bertuah!

Antara aktiviti yang boleh korang lakukan untuk memupuk kesedaran ESG adalah seperti:

– Solar Power
– Compost Champion
– Pedal Power
– Bioswales
– Hunt For The Answer

Bukan setakat tu je, korang juga boleh berkelah dengan family dan anak-anak korang di sini tau! 

Sambil tu korang boleh lah singgah ke mini zoo yang bertempat di tepi tasik tengah Gamuda Cove. 

Yang bestnya korang bukan boleh tengok je tapi boleh pegang jugak tau semua haiwan di sini! Wah, mesti seronok kalau bawak family korang semua!

Bagi korang yang sukakan aktiviti yang lebih mencabar korang boleh juga naik ride ke Paya Indah Wetlands Discovery dengan pembelian tiket pakej eksklusif IDB combo!

Mesti seronok naik ride sambil nikmati suasana hijau di sini!

Sertai pelbagai bengkel menarik yang korang boleh buat bersama family secara percuma!

Terdapat juga bengkel yang korang boleh sertai tau! Antaranya adalah Plant Dye, Rock Painting, DIY Air Plant Holder dan banyak lagi! Wah, boleh lah belajar untuk buat benda baru kan?

Terdapat juga bengkel yang terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 12 tahun dan yang paling penting korang boleh join secara percuma sahaja!

Pelbagai food trucks dan booth ala-ala bazaar untuk korang shopping! 

Dah penat buat aktiviti yang best mestilah korang lapar kan? Tapi, jangan risau sebab di sini terdapat food trucks disediakan dengan pelbagai pilihan makanan untuk korang!

Selain itu, ada juga pelbagai booth jualan yang menarik untuk korang shopping tau!

Bukan tu je, korang juga boleh tebus hadiah misteri* tau! Macam mana nak tebus? Senang jer!

Korang cuma perlu tunjukkan barang yang korang guna hasil daripada korang recycle untuk tuntut hadiah misteri* daripada salah satu brand seperti L’OCCITANE, Starbucks atau Uniqlo!

Kalau korang bawa botol kosong yang bersih bersaiz penuh daripada mana-mana produk kecantikan untuk dikitar semula juga korang akan berpeluang untuk dapatkan ganjaran baucar* daripada L’OCCITNE en Provence!

**Selagi stok masih ada.
**Tertakluk kepada terma dan syarat.

Ha, dah habis shopping sebelum balik jangan lupa untuk ke photobooth dan ambil gambar bersama family! Boleh lah simpan buat kenangan korang pergi sini kan?

Jadi, korang jangan lupa untuk datang dan sama-sama meriahkan acara di Gamuda Land ni! Jumpa korang disana!

Untuk sebarang maklumat lanjut yang terkini, korang boleh layari laman web rasmi, Instagram atau Facebook Gamuda Land.

SKIP THIS AD ×