Sebelum ini, media melaporkan pelakon hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh bakal pulang ke tanah air.
Artikel berkaitan: Bakal Pulang Ke Malaysia, Michelle Yeoh Bertemu Peminat Pada 18 April
Artikel berkaitan: ‘Apa Dibangga Dengan Anugerah Oscar?’ – PU Syed
Artikel berkaitan: ‘Kejayaan Menang Oscar, Hadiah Sempena Hari Jadi Saya Bulan Depan’ – Ibu Michelle Yeoh
Selamat pulang ke tanah air
Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram, Michelle, 60, dikhabarkan sudah pun berada di tanah air dan disambut baik oleh ibunya, Datin Janet Yeoh, 84, serta ahli keluarga yang lain.
Pada perkongsian sama, Janet turut dilihat memegang trofi yang berjaya dirangkul Michelle pada anugerah Oscars tempoh hari.
Bawa pulang Mr O (trofi Oscars). Tanpa kasih sayang dan kepercayaan dan sokongan orang tua saya, saya takkan berada di tahap ini sekarang
Sementara itu, Michelle turut berkesempatan membawa trofi berkenaan ke pusara bapanya, Datuk Yeoh Kian-Tiek.
Difahamkan, kepulangan anak kelahiran Ipoh, Perak itu adalah untuk bertemu peminatnya di sebuah acara karpet merah di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur pada tanggal 18 April ini.
Selain itu, aktres tersebut juga dijadualkan menghadiri majlis konsert makan malam tertutup pada hari sama untuk meraikan ulang tahun kelahiran ibunya.
Terdahulu, Michelle Yeoh berjaya mencipta sejarah selepas menjadi rakyat Malaysia dan bintang Asia pertama merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) ke-95 yang berlangsung di Los Anglese, Amerika Syarikat (AS).
Michelle Yeoh meraih kemenangan menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All At Once dan sekali gus menewaskan empat calon hebat lain iaitu Andrea Riseborough, Cate Blanchett, Michelle Williams dan Ana de Armas.
Sumber: Instagram Michelle Yeoh