berita

‘With No Internet, I Will Fail My Exams’ – Kehidupan & Semangat Veveonah Dapat Perhatian Dunia

September 20th, 2020 | by Amat Larbsib
Video Popular

Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin menjadi bualan hangat ekoran pendedahan dia terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet. Video yang dimuat naiknya di Youtube itu turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Artikel berkaitan: Kes Selesai, Menteri Mohon Maaf Kepada Veveonah

Walaubagaimanapun, kisah pelajar dari UMS itu telah mendapat perhatian Youtuber terkenal Filipina iaitu Erwan Heussaff. Menerusi video tersebut Youtuber ini membongkarkan kehidupan sebenar Veveonah sebagai pelajar paling berusaha meskupun hanya tinggal di kawasan pedalaman.

Pelajar paling berusaha

Video berdurasi 4:25 minit ini dimuat naik di laman Facebook milik Erwan Heussaff yang telah mendapat lebih 17 ribu perkongsian dan 3.5 juta tontonan di seluruh dunia. Video bertajuk ‘Most Hardworking Student’ tersebut diletakkan dalam content Asia’s Superhuman dalam memaparkan kelebihan dan keistimewaan negara-negara di Asia.

Video tersebut berkongsikan kehidupan sebenar Veveonah bersama keluarganya yang hanya tinggal di dalam kawasan pedalaman di mana berdepan dengan masalah mendapatkan capaian internet. Perkara tersebut menyukarkannya untuk menerima atau menghantar E-mail.

With no internet, I will fail my exams

Veveonah turut mengatakan bahawa tanpa internet dia kemungkinan akan gagal dalam peperiksaan online. Masalah tersebut telah menyebabkan dia nekad untuk ke kawasan yang lebih tinggi bagi mendapatkan capaian internet. Pada awalnya, dia telah membina sebuah pondok kecil di kawasan berdekatan baginya untuk berehat sementara tidak menjawab peperiksaan. Malangnya, pondok tersebut telah dimusnahkan oleh hujan dan kilat.

With no internet, I will fail my exams. I felt sad and frustrated because I built that hut with my own effort.

Walaubagaimanapun, perkara itu tidak menjadi penghalang untuk pelajar ini putus asa. Dia meneruskan perjuangan dengan Plan B. Di mana dia menyediakan peralatan peperiksaan seperti alat tulis, telefon pintar dan kelambu nyamuk untuk tinggal di dalam hutan.

Atas usaha dan contoh yang baik ditunjukkan, Veveonah lulus dalam peperiksaan tersebut sekali gus ditawarkan biasiswa dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Bukan itu sahaja, penyediaan capaian internet di kawasan pedalaman seperti di tempat tinggal Veveonah telah disediakan kerajaan bagi kemudahan rakyat.

Dumber: Erwan Heussaff

×