Baru-baru ini, tular satu potongan video memaparkan seorang usahawan wanita dikenali sebagai Madame Mariyah mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabel sebagai pemalas.
Kenyataan yang dikeluarkan usahawan wanita itu telah menyebabkan dirinya menerima kecaman yang hebat dari wargamaya di media sosial.
Artikel Berkaitan: Dikecam Kerana Gelar Melayu Pemalas, Usahawan Asal Kemboja Buat Permohonan Maaf – ‘Saya Juga Maafkan Mereka Yang Hina Saya’
Zarina Zainuddin bidas Mariyah
@zarinazainuddinzz? original sound – Pulut Kuning Zarina Zainuddin
Terbaharu, pelakon dan usahawan Datin Zarina Zainuddin tampil membidas kenyataan yang dikeluarkan Mariyah melalui hantaran di TikTok.
Pelakon berusia 52 tahun menyangkal kenyataan usahawan itu dan menekankan ramai orang melayu yang bersikap rajin.
Eh Mariyah, tak kisahlah orang negeri mana pun. Orang Melayu ni pun ada yang rajinlah.
Kau jangan ingat orang Kemboja kau tu je yang rajin, orang Melayu pun rajin. Orang bangsa apa pun ada yang rajin, ada yang malas. Kau jangan ingat kau je yang rajin.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang dikeluarkan Zarina di samping turut memuji ketabahan pelakon drama ‘Menongkah Kasih’ itu yang bertungkus lumus mencari rezeki membesarkan anak-anak.
Terdahulu, usahawan kelahiran Kemboja yang dikenali sebagai Madame Mariyah teruk dikecam netizen selepas mendakwa dirinya hanya bergurau mengatakan orang Kemboja lebih rajin berbanding orang Melayu.
Walau bagaimanapun, Mariyah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas menyedari kekhilafan yang dilakukannya terhadap orang ramai.
Sumber: TikTok