berita

Zizan Razak Tak Selesa Digosipkan Bercinta Dengan Model Nama Nureen – ‘Mengarut & Mencalarkan Kerjaya Seni Saya’

March 30th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Zizan Razak

Pelawak dan pelakon, Zizan Razak akui tidak selesa apabila timbul gosip mendakwa dia sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang pempengaruh media sosial dan model yang dikenali sebagai Nureen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zizan Razak Hadiah Ibu Kereta Mercedes GLC300, Netizen Respon; ‘Dia Lambat Kahwin Tapi Bahagiakan Keluarga’

Artikel Berkaitan: ‘Inspektor Sani’ Selamatkan Gadis Terlibat Kemalangan, Seronok Layan ‘Punchline’ Dalam Kereta

‘Hanya kawan biasa’

Zizan Razak

Ketika ditemui OhBulan!, Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak, 40, menjelaskan hubungannya dengan wanita tersebut sekadar kawan biasa.

Gambar yang tular itu gambar lama. Saya dan dia (Nureen) hanya kawan sahaja dan tidak lebih daripada itu. Kawan biasa, bukan kawan industri.

Saya lebih suka fokus pada kerja berbanding gosip sebegini. Nak kata dia kawan rapat saya, jawapannya tidak.

Zizan berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Ramadan Astro 2024 yang diadakan di Le Meridien, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zizan berkata gosip tersebut agak sensitif untuk dirinya dan menyifatkan sebagai mengarut.

Kata anak kelahiran Terengganu itu, dia tidak mahu kerjaya seninya tercalar disebabkan cerita tidak sahih seperti itu timbul.

Perkara begini agak sensitif sedikit untuk saya. Saya kalau boleh tidak mahu jawab dakwaan ini dan mengarut bila ada cerita yang menjatuhkan nama saya.

Kalau benar gosip itu betul, saya okay untuk menjawab. Tetapi itu tidak benar, risau akan mengganggu kerjaya seni dan mencalarkan kerja saya.

SKIP THIS AD ×