berita

Zoo Negara Bakal Lancarkan Konsep Zoo Maya

February 16th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: Travelog

Zoo Negara bakal memperkenalkan konsep baru iaitu Zoo Maya. Konsep ini adalah untuk membantu Zoo Negara untuk meneruskan kelangsungan operasinya.

Artikel berkaitan: ‘Mungkin Berjangkit Daripada Pegawai Zoo’ – Dua Anak Harimau Putih Maut Akibat Covid-19

Artikel berkaitan: Zoo Negara Kembali Beroperasi Hari Ini

Zoo Negara perkenal Zoo Maya

Foto: thetaylormadetravels

Konsep Zoo Maya yang bakal diperkenalkan adalah satu usaha untuk  Zoo Negara meneruskan operasinya yang terjejas angkara penularan Covid-19 di Malaysia. Menerusi konsep ini, orang ramai yang berminat untuk melihat haiwan-haiwan di Zoo Negara boleh melihat haiwan-haiwan tersebut melalui ‘online’. Konsep ini dikatakan dapat membantu Zoo Negara untuk terus menjana pendapatan walaupun tidak dapat beroperasi di masa yang akan datang.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata bahawa konsep ini boleh menjadi sumber pendapatan yang baharu kepada pihak Zoo memandangkan sebelum ini mereka hanya bergantung sepenuhnya daripada pengunjung yang datang.

Beliau juga turut menyatakan bahawa Zoo Negara hanya dapat beroperasi untuk beberapa kali semasa pandemik Covid-19 untuk mengelakkan penularan Covid-19. Tetapi, dengan konsep baharu yang bakal diperkenalkan, orang ramai tidak perlu lagi datang ke Zoo Negara malah orang ramai boleh melihat haiwan-haiwan kegemaran mereka melalui maya sahaja.

Sebelum ini, Zoo Negara juga telah melancarkan kempen haiwan angkat untuk memastikan bekalan makanan, perubatan dan pengurusan haiwan-haiwan akan berterusan. Menerusi kempen ini, orang ramai boleh memilih sama ada mahu memberi sumbangan secara one off atau secara bulanan, mengikut pakej yang tersedia.

Selain itu, menurut status yang dimuat naik oleh akaun rasmi Zoo Negara, pihak Zoo telah menerima sumbangan dan dana daripada pihak-pihak lain seperti Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, Desmo Owners Club Malaysia, Fipper dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, Rosly berkata bahawa pihak Zoo Negara berharap jika ada pihak lain yang ingin menyalurkan bantuan dana boleh berhubung terus dengan pihak Zoo Negara. Hal ini kerana menurut beliau, kos operasi bulanan mencecah RM1 juta.

Sumber: Berita Harian, Zoonegaramalaysia.my, Fb Zoo Negara

SKIP THIS AD ×