berita

14 Tahun Tinggal Bawah Pokok, Tolak Bantuan Ebit Lew Sebab Rasa Ramai Yang Lagi Susah

May 11th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Tidak semua orang mempunyai nasib yang sama. Dalam kita sedang hidup bersenang-lenang, cukup makan dan keperluan harian, ada lagi insan yang kurang bernasib baik. Hanya beristirehat berpayungkan sepohon pokok untuk melindungi diri pada waktu malam. Begitulah kehidupan seorang insan berbangsa India yang ditemukan pendakwah bebas iaitu Ebit Lew.

Artikel berkaitan: Hidup Sebatang Kara Sejak Ibu Ayah Meninggal Akibat Covid-19, Ebit Lew Bantu Remaja Ini…

Artikel berkaitan: Ebit Lew ‘Angkut’ Periuk Bazar Ramadan, Jamu Gelandangan Makan Nasi Briyani Untuk Berbuka

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai setelah membawa posting yang dimuat naik menerusi laman Facebook Ebit Lew sendiri.

Tidur di bawah pokok

Kredit foto: Ebit Lew

Pendakwa bebas itu bertemu dengan seorang makcik berbangsa India bersama sebuah troli yang digunakan untuk mengutip besi dan barangan kitar semula. Itulah punca pendapatannya untuk mencari duit dan meneruskan kehidupan. Lebih mengejutkan apabila mengetahu makcik itu sudah hampir 14 tahun tinggal di bawah sepohon pokok kecil sebagai ‘rumahnya’ berteduh.

Hari air mata. Pilu rasa hati. Aunty Maaletchmy ni tidur di bawah pokok kecil selama 14 tahun. Kerja kutip besi. Makcik Indian ni umur 62 tahun. Rajin kutip besi. 3 kali saya ternampak makcik ni kutip besi. Cari semula dah tiada. Fasih cakap Melayu dan bahasa Inggeris. Tak sangka ada orang tidur di sini selama ini. Dengan kereta banyak lalu sebelah sini.

Tengah malam makcik ni akan tolak troli ni dan tidur di bawah pokok dan khemah kecil ni semenjak 14 tahun lalu. Memang dia menyorok tidur ada pokok hadang kerana tak nak orang nampak. Prinsipnya tak nak susahkan orang. Tauke besi buruk dan beberapa orang susah yang mengenali makcik ni gembira bila saya datang. Katanya tolonglah dia, kami risau dia tidur bawah pokok je.

Makcik ni pernah berkahwin. Lagi sedih makcik ni cerita dekat saya, kadang ada orang kacau. Katanya lelaki pernah buat tak baik padanya atau raba dia. Ramai ambil kesempatan walau dia dah tua. Katanya janji jangan pukul saya jelah.

Kali pertama makan ikan patin

Kredit foto: Ebit Lew

Pelbagai ujian dan liku-liku kehidupan yang dilalui insan ini di ibu kota. Bagi meringankan bebannya, Ebit Lew telah membuat keputusan untuk memberi sebuah rumah sewa untuk dia berteduh dari panas hujan, selain membawanya membeli pakaian baharu dan menikmati makanan bersama.

Sedih sangat dengar nasib hidupnya. Dulu pernah menyewa tapi kena keluar sebab tiada duit nak bayar. Saya pujuk. Sehingga dia terima saya nak bagi rumah sewa free untuknya. Ustaz bagi orang lain yang lebih perlu. Saya boleh cari duit. Kalau kuat kerja cukup duit untuk makan minum semua. Saya sihat walau 62 tahun. Muda dekat hati bila bersyukur dan happy.

Makcik suka warna apa. Dia suka warna hijau je. Beli baju semua warna hijau. Saya ajak makan waktu berbuka puasa. Katanya saya tak puasa. Ustaz makanlah dulu. Tak apa makcik kita makan sekali. Katanya kali pertama makan ikan Patin. Sedap goreng ni ye ustaz. Makcik ni ambil semua lebih kuah hirup. Saya kata saya order lagi. Tak apa saya tak mahu kamu bazirkan. Dia hirup semua kuah lebih.

Dia menangis cakap terima kasih. Saya ingat kamu main-main. Betul kamu baik ye. Selepas ini saya tak payah berlari kalau hujan lebat tengah malam. Tiada orang buat tak baik pada saya. Terima kasih ye Ustaz. Saya doakan kamu.

Sumber: Ebit Lew

SKIP THIS AD ×