Usahawan terkenal Kak KM meraih perhatian netizen apabila tampil dengan imej berhijab.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Tak Pilih Jenama, Anggap Riz Macam Anak Sendiri – ‘Dia Sebelum Ni Tiada Beg, Jadi Saya Hadiahkan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Mohon Henti Kecam Saiful Apek – ‘Kasihan Dia Tidak Biasa’

Manis bertutup

@kakkmshop? original sound – Kakkmshop

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli dilihat berbusana jubah putih serta bertudung semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak-anak tahfiz.

Perkongsian itu meraih lebih 300 ribu tontonan di aplikasi TikTok.

Cantiknya Kak KM

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji anak kepada pelakon senior Normah Damanhuri itu yang menggayakan tudung mengikut syariah. Selain itu, warganet turut mendoakan agar dipermudahkan urusan Kak KM untuk istiqamah menutup aurat.

Sumber: TikTok @kakkmshop