Bayi Diculik

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki ditahan kerana menculik bayi berusia dua hari dari sebuah hospital dengan niat mahu membesarkannya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Budak 12 Tahun Disumbat Dalam Beg, Diseksa & Dijadikan Hamba Seks Pasangan Kekasih

Artikel Berkaitan: Isteri Iklan & Jual Bayi Di Facebook, Suami Pula Sangka Diculik

Tiada niat mendera

Bayi Diculik

Foto: The Thaiger

Memetik laporan The Thaiger, kejadian tersebut berlaku di wad hospital wilayah Nokhon Pathom, Thailand.

Menurut suspek, pada 13 Ogos lalu dia meninggalkan rumah pada jam 3 pagi dan pergi ke hospital secara rawak dengan harapan dapat mencari anak bekas teman wanitanya.

Setelah melihat bayi tersebut, dia kemudian memutuskan untuk membawanya keluar dari hospital dan ingin membesarkannya.

Suspek juga menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat jahat sama sekali termasuk mendera kanak-kanak itu.

Berdasarkan keterangan suspek, lebam pada bahagian tangan bayi tersebut berkemungkinan kerana suspek memasukkan bayi berkenaan ke dalam beg tangan dan menggantungnya pada motosikal.

Menyesal dengan tindakannya, suspek berusia 40 tahun itu kemudian memohon maaf kepada ibu bapa bayi tersebut.

Susulan itu, pihak hospital akan terus menjaga bayi berkenaan sehingga keadaannya stabil manakala kes masih dalam siasatan.

Sumber: The Thaiger