Pempengaruh media sosial, Ubai MZ membeli sebuah motosikal baharu bagi memudahkan urusannya untuk menunaikan solat Jumaat dan melakukan aktiviti harian.
Artikel Berkaitan: Mak Ubai MZ Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: Bakal Ibu Mentua Shila Amzah Ditidurkan Selepas Jalani Radioterapi, Ubai MZ Mohon Doa Orang Ramai
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Beri Bayangan Bakal Nikah Ogos Ini
Artikel Berkaitan: ‘Berhenti Tanya Bila Shila Kahwin, Saya Tak Tahu’ – Syada Amzah
Beli duit sendiri
Menerusi sebuah rakaman video di TikTok, Ubai ditemani isterinya, Shila Amzah ketika membeli motosikal tersebut. Video tersebut menunjukkan Shila membantu suaminya tatkala proses jual beli dan pemilihan number plat bagi motosikal berkenaan. Bahkan, Ubai sempat berseloroh dan mengatakan Shila merupakan pekerja di kedai motor tersebut.
Telatah suami isteri ini lebih mencuri perhatian ramai apabila segelintir netizen mendakwa Ubai membeli motosikal tersebut menggunakan duit isterinya. Berikutan daripada itu, Ubai tampil menjawab dakwaan netizen. Ujar Ubai, dia menggunakan duitnya sendiri untuk membeli motosikal jenis Vario itu.
Saya beli motor ni guna duit sendiri. Harap maklum.
Video
@ubaimz Cuba2 main efek, semart jugak! Jumpa kat Dataran malam minggu ni. #fyp?
? Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Meninjau di ruangan komen pula, ada juga netizen yang berpendapat tidak kisah sekiranya motosikal tersebut dibeli oleh Shila. Ini kerana, mereka berdua telah sah menjadi suami isteri.
Sumber: Ubai