Siapa sangka sabun yang sepatutnya bertindak sebagai ejen pencuci, rupanya boleh dimakan. Seorang gadis berasal dari Indonesia yang dikenali sebagai Khosik Assyifa telah mencuba beberapa jenis sabun bagi memenuhi permintaan netizen.
Hobi yang dikatakan pelik ini berjaya mendapat perhatian ramai netizen termasuk di Malaysia. Ramai menyifatkan gadis itu terlalu unik. Sedap ke tidak?
Sabun jenis GIV
https://www.instagram.com/p/BtxK7ksDJKG/
Sabun Lifebuoy
https://www.instagram.com/p/Btna5nwgzEq/
Sabun Lux
https://www.instagram.com/p/BtlFHAfAuNe/
Dalam video pendek itu, wanita ini menunjukkan dirinya makan sabun mandi untuk tiga jenama yang berbeza. Dalam pertunjukan video tersebut, dia memakai tudung merah jambu sambil memegang sabun berwarna merah jambu Lifebuoy.
Dia turut memberitahu bahawa seseorang telah meminta dia untuk makan sabun Lifebuoy. Untuk memenuhi permintaan itu, dia mencubanya sendiri dan ternyata cukup enak. Berani betul!
Ada pernah cuba semasa mengandung
Menurut netizen, makan sabun ini bukanlah perkara baru. Malah ada yang pernah mencuba ketika mengandung kerana mengidam. Memang tak sangka sungguh, siap ada makan sabun basuh baju.
Mungkin sedap macam ais krim
Ada juga menganggap sabun itu mungkin sedap seperti ais krim. Tolong jangan mencuba aksi merbahaya ini di rumah, keadaan badan adalah berbeza-beza okay. Nanti tak pasal-pasal masuk hospital.
Sumber : Khosik Assyifa