

Penghuni kediaman bertingkat seperti kondominium mahupun flat pasti sering kali berhadapan masalah sampah sarap.
Namun begitu, isu kali ini lebih menjijikkan apabila penghuni bawah menjumpai kondom terpakai di pokok yang ditanamnya.
Artikel Berkaitan: Tak Dapat Kawal Kemarahan, Lelaki Selamba Telan Kondom Berisi Pisang
Artikel Berkaitan: Polis Serbu Kilang Proses Kondom Terpakai Untuk Dijual Semula
Artikel Berkaitan: Isteri Naik Angin Jumpa Banyak ‘Kondom’ Dalam Poket Seluar Suami, Rupa-Rupanya…
Pada pokok ajinomoto
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian di Twitter, seorang wanita meluahkan rasa marah dengan tindakan penghuni rumah atasnya yang membuang kondom merata-rata.
Difahamkan, wanita tersebut lebih berang apabila kondom itu dijumpai pada pokok ajinomoto miliknya yang digunakan sebagai ulam-ulaman.
Selain itu, dimaklumkan bahawa kondom yang dijumpainya itu masih ada bau dan wanita itu mengambil keputusan untuk menyembur pokoknya dengan air untuk menghilangkan kesan dan bau.
Jangan la buang kondom dekat tingkap kalau hidup di kondo atau apartment.
Jatuh atas pokok ni, aku boleh la nak buang tanpa guna tangan. Kalau jatuh atas compressor aircond, siapa nak kutip?
Pengalaman sama



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman yang dialami berkenaan kondom terpakai yang dijumpai merata-rata.
Sumber: Twitter @mimierhmn






![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)


